top of page

Jangan polimikkan isu penempatan pegawai JAKIM - MAPIM



Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), mengingatkan semua pihak agar tidak mempertikaikan dan mempolimikkan isu penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di jabatan kerajaan.


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid melalui satu kenyataan berkata, kebebasan bersuara tidak harus disalahguna secara sembrono dengan tidak menghormati sensitiviti agama kaum lain.


"Pemimpin tidak sepatutnya mencetuskan prasangka kerana negara ini sudah lama menerapkan Islam dalam pentadbiran dan tidak pernah sekalipun dipersoal.


"Debat mereka seperti sengaja membangkitkan isu agensi agama melaksanakan polisi menerapkan nilai Islam dalam tatakelola pentadbiran negara adalah tidak wajar sama sekali," katanya.


Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) baru-baru ini membangkitkan isu berkaitan penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan dan kementerian.

Langkah itu dakwa mereka berpotensi mengganggu pengubalan dasar dan menjejaskan jaminan perlembagaan termasuk hak asasi yang dilindungi oleh Perkara 5 hingga 13.

Sementara itu dalam kenyataan Azmi menegaskan, kerangka Perlembagaan dan kerukunan hidup antara agama menjadi asas negara ini dibangunkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page