top of page

Jangan polemikkan isu BlackRock hingga tahap hilang kewarasan - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak bersikap ‘keterlaluan’ mengenai isu penglibatan Blackrock dalam proses penswastaan Malaysia Holdings Bhd (MAHB) hingga ia menjadi sentimen yang tidak waras.


Perdana Menteri (PM) berkata beliau tetap mempertahankan keputusan MAHB untuk memilih penyertaan Global Infrastructure Partners (GIP) yang diambil alih oleh BlackRock namun mahu lagi menjawab tuduhan 'mengarut' segelintir pihak berkenaan isu itu.


Katanya, Malaysia tetap tegas memperjuangkan penderitaan rakyat Palestin dan hal itu tiada kaitannya dengan syarikat pengurus dana seperti BlackRock yang melabur di dalam ratusan syarikat di seluruh dunia dan diminta segelintir pihak untuk Malaysia memboikot kesemua syarikat berkenaan.


"Tidak upaya (jawab isu) kerana terlalu menyakitkan, percayalah kita buat sedaya upaya kita dalam setiap lawatan (ke luar negara), saya tidak lepas bicara tegas tentang Gaza."


"...kita suarakan, tidak pernah lepas, tajuk pertama Gaza, saya tidak mahu mengalah bab ini, soal kezaliman (Israel) sangat ketara," ujarnya ketika berucap dalam pertemuan bulanan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.


"Dalam sejarah dan ketimbang dengan negara lain, kita (Malaysia) antara paling jelas dan keras, jangan tuntut lebih dari itu. Kita ini negara berkembang, tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara, itu prinsip secara umumnya.


"..dan kezaliman Israel ke atas Palestin adalah sangat jelas, tiada siapa yang pertikai. Kalau ada syarikat Microsoft ke, Google ke tunjuk simpati pada Israel kita memang tentang, (namun) apakah saudara fikir kita harus tutup semua laluan dan kerjasama dengan mereka?"


Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan keberadaan BlacRock, syarikat gergasi pelaburan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu di negara ini sejak sekian lama tidak ‘menghalang’ pendirian Malaysia dalam menyuarakan isu kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza, Palestin.


Namun jelasnya, sebarang tindakan menarik balik pelaburan membabitkan firma yang dikaitkan dengan Israel itu boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara membangun.


Sebelum ini dilaporkan semakan data menunjukkan BlackRock sudah mempunyai kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan serta korporat.


Data yang boleh diperoleh secara terbuka itu juga menunjukkan sehingga Mei 2024, firma pelaburan global itu sudah sedia ada memiliki pelaburan dalam ekuiti, di 100 syarikat tersenarai Bursa Saham Kuala Lumpur yang merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga institusi perbankan di negara ini.


Anwar berkata pada 2018, Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) di London pernah menekankan keperluan firma itu masuk ke Malaysia manakala pada 2021, Perdana Menteri ketika itu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meluluskan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyerahkan kepada Blackrock bagi menguruskan dana khas KWSP.


Mengenai kerjasama Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Global Infrastructure Partners (GIP) berhubung kepentingan dalam MAHB, beliau berkata kerjasama antara KWSP dan GIP sudah bermula sejak 2012.


"Sebab itulah Khazanah dan KWSP berunding dengan GIP, lapangan terbang kita ada kebaikannya dan kekuatannya tetapi ketimbang lapangan terbang besar lain, ada banyak kelemahannya terutama dari segi kejuruteraan, pakar teknikal, pengurusannya.


"Ada ruang yang harus diperbaiki kerana kita sudah agak ketinggalan, perancangannya dan pelbagai lagi, keputusan Khazanah dan KWSP kemudian mereka maklumkan kepada saya dan saya kata teruskan," katanya.


Minggu lalu ketika berucap di Parlimen, Anwar dilaporkan berkata penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada GIP telah melalui syarat yang ketat dan firma itu dipilih setelah ia bersetuju untuk mengekalkan pelantikan warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAHB dan pemilikan kolektif saham majoriti milik negara.


GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai AS$112 bilion bagi pihak pelaburnya yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page