top of page

Jangan pertikai: 'PADU maklumat individu, BUDI maklumat kenderaan diesel'



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan pihak pembangkang terus mempertikai program penyasaran subsidi diesel dan mekanisme yang diperkenalkan kerajaan tidak sewajarnya berlaku.


Bagi Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, syarat bahawa pemohon individu perlu mengisi secara atas talian beberapa butiran di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI) tidak perlu dipersoalkan, memandangkan maklumat yang diminta hanya tertumpu kepada perincian kenderaan.


Berbanding Pangkalan Data Pusat (PADU), katanya, maklumat yang diminta terhad kepada pendapatan individu dan isi rumah.


"BUDI adalah nama program yang ada kaitan dengan PADU tetapi lebih spesifik kepada pemilik kenderaan diesel.


"Apa salahnya kalau nak terima subsidi bersasar kita beri maklumat lanjut tentang jenis kenderaan dan tempoh usia kenderaan kita? Berbanding PADU, butiran-butiran ini tidak dinyatakan sebab itu kita buat sistem BUDI," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menyoal keperluan permohon untuk mendaftar bantuan subsidi diesel dalam sistem BUDI bagi mendapatkan bantuan RM200 sebulan.


Ahli Parlimen Alor Setar itu mempertikai sistem baharu itu susulan kerajaan sebelum ini mempunyai sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) bagi tujuan subsidi bersasar.


Mengulas lanjut, Wong berkata, langkah penyasaran subsidi yang diperkenal kerajaan mulai Jun ini amat perlu bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang mencecah RM10 bilion setahun sekiranya meneruskan subsidi pukal.


"Subsidi bersasar akan jimatkan RM4 bilion dan pada masa sama tolong golongan pertengahan dan sederhana dengan bantuan yang lebih besar dari segi kegunaan diesel," ujarnya lagi.


Sebelum ini, data Kementerian Kewangan menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengan polisi subsidi pukal apabila penggunaan diesel meningkat daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter 2022, tetapi jumlah kenderaan diesel yang didaftarkan cuma meningkat 2.4% sepanjang 3 tahun.


Bermakna berbilion liter diesel subsidi telah diseludup atau dijual di pasaran gelap yang menyebabkan kerugian besar kepada negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page