top of page

Jangan naikkan premium insurans kesihatan lebih 10%



Oleh: Akmal Manaf


Kenaikan premium insurans kesihatan dan takaful perlu dibendung dalam lingkungan harga yang munasabah dan boleh ditanggung oleh golongan sasar di negara ini.


Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) digesa untuk mengehadkan kenaikan premium agar tidak melebihi 10 peratus secara langkah interim, dan seiring dengan kadar inflasi kesihatan negara.


Gesaan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan anggota Dewan Negara daripada KEADILAN yang memperjuangkan isu premium insurans kesihatan.


Menurut Tze Tzin, pihaknya telah menerima 256 aduan daripada rakyat sejak sebulan lalu berhubung kenaikan premium berkenaan dan berharap kerajaan memikirkan langkah jangka panjang menangani isu tersebut.


"Bagi langkah jangka masa panjang, BNM dan Kementerian Kesihatan (KKM) harus menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji industri insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) secara keseluruhan dari segi aspek polisi, perundangan, kawalselia dan penguatkuasaan.


"Kami Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN akan menyokong segala usaha kerajaan mewujudkan ekosistem kesihatan swasta dan cara pembiayaan yang mampan dan mampu milik oleh rakyat," katanya dalam kenyataan bersama.


Kenyataan itu turut memaparkan aduan yang mereka terima, iaitu kenaikan insurans tidak terhad antara 30 - 70% namun lebih daripada itu.


Menurut kenyataan itu, kenaikan yang tertinggi mencecah 186% dalam setahun, sedangkan inflasi kesihatan adalah 15% setahun.


Satu lagi kes berkenaan wanita warga emas berumur 74 tahun yang menghadapi kenaikan premium hampir setiap tahun.Trend kenaikan adalah 171% dari 2019 hingga 2025.

Manakala kes ketiga, kenaikan pada tahun ini 170%. Pada 2007 pencarum bayar RM1,242 manakala 2024 bayar RM 16,332. Kenaikan sebanyak 1215%.


Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ahli Dewan Negara, Senator Manolan Mohamad; Senator Abun Sui Anyit; Senator Amir Ghazali dan Dr Mohd Azam.


Sebelum ini, Tze Tzin menyuarakan bantahan berhubung kenaikan keterlaluan kos perubatan di hospital swasta dan mempengaruhi harga premium insurans.


Katanya, dengan kenaikan yang tidak wajar itu golongan M40 yang sebelum ini mendapatkan rawatan di hospital swasta akan beralih ke hospital kerajaan, dan akan menambah kesesakan di hospital berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page