top of page

Jangan minta kerajaan campur tangan kes mahkamah - AMK Sabah



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menolak gesaan disuarakan Pemuda UMNO Sabah supaya semua tuduhan yang difailkan pada era pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini digugurkan.


Pengarah Komunikasinya, Fekirie Gobet mengingatkan rakan politiknya itu bahawa tabiat lama yang menyaksikan berlaku campur tangan dalam kes mahkamah perlu dihentikan. Justeru jelas beliau, tidak wajar menggesa kerajaan menyalah gunakan kuasanya.

"Pemuda Umno harus meninggalkan amalan lama campur tangan dalam kes mahkamah untuk membebaskan rakan politik mereka," katanya dipetik.


Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim menggesa pihak pendakwaan menarik balik segala kes yang didakwa di mahkamah ketika era pentadbiran kedua Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.


Ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU 2018 adalah cacat memandangkan ia dibuat terburu-buru yang digambarkan ‘penuh racun dan permusuhan’.


Sufian dalam laporan media berkata, walaupun yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar tidak berkompromi dalam perkara berkaitan rasuah mahupun menyalahgunakan kuasanya untuk menggugurkan kes, namun langkah tersebut dilihat dapat memperbaiki imej keadilan Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Siri pendakwaan ketika itu telah membazirkan sumber kerajaan, termasuk masa, kewangan, dan tenaga kerja, hanya demi memenuhi misi politik yang berniat jahat," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page