top of page

Jangan keluarkan pendapat jihad, syahid atas isu kecil - Amidi



Oleh: Abdullah Zaid


Seruan berjihad dan mati syahid menurut ajaran Islam hanya boleh dikeluarkan apabila diancam oleh golongan bukan Islam berkaitan hal akidah, nyawa dan harta benda.


Bagi Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ustaz Amidi Abdul Manan, tindakan sesetengah penceramah Pas dan pemimpin mereka yang bermudah mudah mengeluarkan pendapat berjihad menentang musuh politik yang juga dalam kalangan muslim dalam isu isu kecil adalah perbuatan yang tidak mengikut ajaran Islam sebenar.


Katanya, tuduhan pembangkang kononnya kerajaan zalim menyekat peruntukan kepada negeri tertentu, tidak memberi peruntukan parlimen atau berbeza pendapat mengenai dasar hiburan tidak sampai membolehkan satu seruan jihad dikeluarkan.


"Sefaham saya tiada peruntukan yang dinafikan. Semua rakyat termasuk di negeri-negeri yang diperintah oleh Pas menikmati kemudahan dan peruntukan pembangunan, sama seperti negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


"Namun, yang berbeza adalah kaedah peruntukan itu disalurkan. Ada yang disalurkan secara terus dari kerajaan Pusat dan ada yang melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan," katanya ketika dihubungi.


Malah menurut Amidi, sewaktu Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan (2020 - 2022) hal yang sama juga diamalkan mereka terutama dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang atau pun dasar tertentu di peringkat Persekutuan yang tidak pun mereka ubah, biar pun ditentang ketika mereka menjadi pembangkang sebelum tahun 2020.


Mengenai peruntukan ke negeri pembangkang pula, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap menyantuni dengan melawat ke negeri-negeri yang ditadbir Pas dan ianya bukanlah suatu isu utama.


"Berbilion ringgit peruntukan telah disalurkan ke negeri yang diperintah Pas iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


"Acapkali PM sendiri turun untuk melihat keperluan rakyat di negeri-negeri tersebut sambil melihat kemajuan projek pembangunan," katanya.


Tegas Amidi, berdasarkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menjaga rakyat dan tiadanya tindakan Kerajaan Persekutuan yang menentang Islam maka pendapat untuk berjihad melawan pemerintah itu adalah batil dan ditentang Islam.


"Berdasarkan takrifan negara Islam dan kesungguhan kerajaan Madani mengamalkan tatakelola yang berteraskan ajaran Islam, maka dakwaan untuk berjihad sehingga ke peringkat mati syahid ini adalah suatu pandangan yang mungkar lagi merosakkan (fasad)," katanya lagi.


Untuk rekod beberapa pemimpin parti pembangkang dalam ucapan mereka pernah menggambarkan niat untuk mati syahid dalam perjuangan politik.


Hal itu menerbitkan kekeliruan dalam kalangan rakyat sama ada dibenarkan berjihad menentang pemerintahan yang dipimpin oleh orang Islam dan menjaga rakyat dengan nilai nilai Islam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page