top of page

Jangan jadikan rakaman takbir Aidilfitri PM bahan gurauan, sindiran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hassan menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang mempersendakan rakaman suara takbir raya Aidilfitri Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tegas beliau, bukan semua perkara boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan sinikal, malah tidak semua perkara juga perlu dibangkang oleh penyokong pembangkang.


''Takbir raya adalah tanda keinsafan serta pengagungan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala atas segala nikmat-Nya.


''Setelah sebulan berpuasa dan diberikan kesempatan beribadah dan menikmati bulan penuh hidayah, umat Islam melaungkan takbir dengan penuh gema kegembiraan.


''Ia juga sebagai lambang perpaduan dan kekuatan ummah kerana semua umat Islam bertakbir bersama di Malaysia dan seantero dunia,'' katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial milik beliau.


Takbir Aidilfitri merupakan ibadah dalam ajaran Islam dan tidak boleh dijadikan bahan gurauan politik
Takbir Aidilfitri merupakan ibadah dalam ajaran Islam dan tidak boleh dijadikan bahan gurauan politik

Ahli Dewan Negara itu menambah, kebersamaan yang ditonjolkan dalam takbir raya menjadi penyubur ukhwah dalam mengukuhkan hubungan sesama umat Islam, tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang.


Katanya, laungan takbir raya sewajarnya dilihat daripada aspek penghayatan dan simbolik keindahan amalan tersebut, bukan sejauh mana kemerduan atau kelunakan suara sesiapa yang melakukannya.


''Jadi, tidak wajar kita mempermainkan takbir raya atas nama gurauan atau semata-mata kerana perbezaan sokongan ideologi politik kepartian.


''Kritiklah dengan fakta jika ada perkara yang tidak dipersetujui, bicaralah dengan hujah yang benar dan dikaji secara bersungguh.


''Berbeza pandangan tidak salah, namun jangan sampai tahap menghina, mengaib dan memfitnah, apalagi dengan perkara berkait kesucian nama Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta ketinggan Islam sebagai agama yang kita semua cintai,'' ujar beliau lagi.


Dr Zulkifli merujuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang memuat naik beberapa video menggunakan rakaman suara Takbir Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja disunting audionya agar kedengaran perlahan (slow motion) kemudian dijadikan bahan gurauan pihak yang tidak bertanggungjawab.


Beliau amat mengesali sikap tidak bertanggungjawab pihak tersebut yang mempersenda kesucian takbir Aidilfitri sebagai ibadah sunat dalam Islam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page