Oleh: Noraini Nordin
SOROTAN PRK SG BAKAP: Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap adalah persaingan calon parti mana yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada kepada pengundi DUN tersebut.
Bukannya pertandingan siapa yang kuat memfitnah dan siapa yang terpaling 'agamawan' hingga sebebasnya memetik 'ayat itu ini', 'dalil itu ini' tanpa kewarasan serta merosakkan keharmonian.
Jangan cemarkan kempen PRK dengan seruan-seruan rasis, 'assabiah dan jahiliah' yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Apabila gendang perang PRK sudah dipalu, agen-agen propaganda wajib menggunakan otak dan akhlak yang murni sewaktu berkempen.
Tiada kaitan dengan calon
Jangan jadikan Sungai Bakap lubuk fitnah. Tambahan pula ke atas tokoh yang tiada kaitan dengan calon.
Inilah yang terjadi apabila lawan terdesak untuk menang, fitnah mula menjadi modal berkempen. Paling parah melibatkan PMX.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dalam kempen PRK Sungai Bakap yang kini sedang berlangsung.
Fitnah itu dilontarkan oleh seorang pemimpin Pas mendakwa PMX merupakan anak angkat Amerika Syarikat serta mentadbir negara mengikut telunjuk IMF.
"Di Sungai Bakap, saya dipanggil anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan pinjam dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan saya ikut nasihat Yahudi.
"Itu dari ustaz, pakai kopiah dan jubah tapi fitnah terang-terangan. Fakta di sebaliknya, mana mungkin saya lakukan itu semua," tegas Anwar sebagai menafikan fitnah tersebut.
Memasuki minggu kedua kempen PRK Sungai Bakap beberapa hari lagi, tidak mustahil lebih banyak fitnah disebarkan bagi tujuan meraih sokongan.
Apa akan jadi dengan politik negara?
Bukan saja Anwar dijangka terus menjadi mangsa, pemimpin kerajaan yang lain juga dipercayai dijadikan sasaran.
Jika itu berlaku, apa nak jadi kepada politik negara kita? Apakah kita harus membenarkan ia terus berleluasa?
Kepada pihak lawan yang bertanding di Sungai Bakap, bertindaklah dengan waras dan berkempenlah secara sihat.
Jangan jadikan Sungai Bakap sebagai lubuk menabur fitnah sesama Islam yang pasti kesan jangka panjang meruntuhkan kedamaian bernegara.
Selain itu, satu perkara lagi yang mendukacitakan berlaku di Sungai Bakap ialah semakin berleluasanya perbuatan merosakkan poster-poster kempen calon Perpaduan di beberapa kawasan.
Kenapa hal ini berlaku? Tdak bolehkah kita bertanding secara sihat dan berlawan dengan semangat demokrasi yang tulen.
Kepada jentera calon Perpaduan, ayuh kita terus fokus berkempen untuk Cikgu Joohari Ariffin, calon No 1 Sungai Bakap.
Kita tunjukkan perpaduan, kita pamer kekuatan dan jika kita bekerja keras - pasti kemenangan milik kita.
______________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Commentaires