top of page

Jangan jadikan berita palsu norma dalam masyarakat - Ismail



Oleh: Azuan Ab Rahman


Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan mengambil pendekatan lebih proaktif dalam menangani lambakan berita palsu terutama di media sosial.


Ketua Pengarah JKOM yang baharu, Datuk Ismail Yusop berkata beberapa langkah konstruktif bakal dilaksana agensi di bawah Kementerian Komunikasi itu bagi memastikan fakta yang benar sampai kepada rakyat.

"Berita palsu tidak boleh dijadikan norma dalam masyarakat kita.


"Cabaran terbesar yang kita hadapi hari ini adalah lambakan fitnah dan berita palsu yang merosakkan imej Kerajaan Madani serta menidakkan segala usaha murni yang telah dan sedang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

"Ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian, malah boleh melumpuhkan usaha kerajaan untuk memacu negara ke arah kemakmuran bersama," katanya di Facebook.


Sementara itu jelasnya, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dan sedang melakukan perkara yang tepat dalam aspek tadbir urus, ekonomi rakyat dan keadilan sosial.


Malah pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat telah diperkenal.


Sehubungan itu jelasnya, usaha kerajaan itu perlu disampaikan secara lebih jelas kepada rakyat melalui kerjasama erat agensi kerajaan yang lain


"Sebagai agensi sosiopolitik dalam komunikasi kerajaan, JKOM bertekad untuk menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan dan rakyat," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page