top of page

Jangan hancurkan negara dengan sentimen kaum, agama sempit - AMK



Himpunan Bangkit Ummah yang akan diadakan oleh Pas hari ini ditempelak oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.


Menurut Kamil Munim, himpunan berkenaan yang dijangka diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru pada Jumaat ini tidak mempunyai matlamat yang jelas selain daripada aksi politik untuk mengelirukan orang Melayu.


Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan berkata, himpunan bantahan terhadap buku tulisan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan sambutan Krismas oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di premis kerajaan hanya ingin menimbulkan budaya cemas di kalangan orang Melayu.


Katanya, perjuangan sebenar untuk meningkatkan maruah Melayu-Islam adalah dengan menaikkan martabat ekonomi mereka pada waktu agama Islam telah jelas terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi.


"Hak umat Islam mesti ditegakkan dengan mengangkat martabat dan taraf hidup rakyat, memperkukuh ekonomi, memupuk perpaduan masyarakat, memerangi rasuah dan mempromosikan keadilan sosial.


“Pemuda Pas perlu lebih matang dan bertanggungjawab. Jangan hancurkan tatanan sosial negara ini dengan api sentimen perkauman dan agama yang sempit.


"Ini (himpunan) bukan sebahagian daripada tuntutan agama," katanya di aplikasi X.

Omar Mokhtar A Manap

Sementara itu Setiausaha AMK Malaysia, Omar Mokhtar A Manap berkata sayap parti itu menolak sepenuhnya pelawaan Pemuda Pas untuk turut sama menyertai himpunan tersebut.


Beliau berkata, himpunaan berkenaan hanyalah gimik politik menarik sokongan kepada Pas dengan mengaktifkan kembali 'budaya takut' ke atas orang Melayu dan masyarakat Islam.


"Apa digerakkan Pas tidak lebih dari sekadar ‘political stunt’ (aksi politik).


"…sewaktu mereka memegang kuasa sebagai kerajaan, tiada laungan berbaur sebegini sepertimana sewaktu mereka tidak memegang tampuk pemerintahan," kata dipetik FMT.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page