top of page

Jangan hancur Kerajaan Perpaduan demi kepentingan peribadi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membidas sikap segelintir pemimpin UMNO yang dilihat seolah-olah mahu terus berbalah dengan parti lain dalam kerajaan.


Pengarah Strategi AMK Pulau Pinang, Ahmad Fazley Abdul Hafiz berkata, kritikan dan berterusan antaranya dari Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi mengambarkan dirinya tidak berminat mendukung aspirasi Kerajaan Perpaduan, dan seolah-olah mahu ‘menghancurkan’ kemurnian pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Janganlah kerana kepentingan peribadi dan orang tertentu, kita hendak hancurkan kemurnian dalam Kerajaan Perpaduan ini," katanya melalui satu hantaran di Facebook.


Hantaran itu sebagai respons kepada tuduhan Ahmad Puad Zarkashi kononnya Perdana Menteri (PM) seolah-olah merestui pimpinan parti dalam kerajaan mengkritik sesama sendiri.


Hal itu susulan sikap berdiam diri PM terhadap dakwaan Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendakwa diarahkan agar tidak mencabar kiraan semula undi ketika tewas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 lalu.


"Jadi apa yang kamu mahu PM Anwar buat? Adakah kamu mahu kerajaan ini terus berbalah dan berantakan, baru puas hati?


"Di mana kamu bila saudara Akmal, Ketua Pemuda UMNO serang kami dengan pelbagai perkara secara terbuka? Apa yang kita mahukan daripada sesetengah ahli UMNO seperti Puad Zarkashi ialah perasaan hormat menghormati antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan ini," tambah Ahmad Fazley.


Beliau melalui hantaran sama turut mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan ditubuhkan atas saranan Yang di-Pertuan Agong ketika itu susulan tiada parti yang mendapat majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.


Oleh itu sewajarnya keputusan Yang di-Pertuan Agong itu dihormati oleh semua ahli politik di negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page