top of page

Jangan guna hujah agama untuk pertahan kemungkaran - Saifuddin



Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang yang didakwa menggunakan hujah agama secara terpilih untuk mempertahankan kesalahan dilakukan ahli partinya.


Beliau dipetik berkata, tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab dan hanya mencalitkan wajah hodoh kepada citra Islam yang indah.


"Prinsip berpolitik dalam Islam cukup jelas. Tegakkan makruf, tolak kemungkaran, berlaku adil dan elak berbuat zalim, bina sifat mahmudah (terpuji) jauhi sifat mazmumah (keji)," katanya dipetik.


Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri sebelumnya merujuk kes saman fitnah membabitkan seorang Ahli Parlimen Pas.


Siti Mastura Muhammad yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas telah diarah Mahkamah supaya membayar RM825,000 dalam bentuk ganti rugi kepada tiga pemimpin DAP kerana memfitnah.


Susulan itu Pas melancarkan ‘derma jihad’ bagi membayar saman sivil berkenaan yang dilihat bagi mengelak risiko Siti Mastura hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan kerusinya dikosongkan.


Walaupun langkah Pas itu dikritik banyak pihak, Abdul Hadi kemudian tampil mempertahankannya dengan mendakwa Islam mengajarkan umatnya untuk mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh anggota sesuatu kumpulan.


Dalam pada itu, Saifuddin berkata menderma untuk membela pemfitnah dengan hujah agama membawa tanggapan tidak baik seolah-olah Islam mendokong amalan fitnah.


"Kenyataan Hadi jelas percubaan terdesak mempertahankan mungkar, mendokong sifat mazmumah dan membela kezaliman dengan mengerah ahli-ahlinya menderma untuk melepaskan Siti Mastura yang terang-terang melakukan fitnah.


"Perbuatan seperti inilah yang ditolak oleh Islam kerana dianggap asobiyah, yakni mempertahankan puak sendiri walau jelas melakukan kesalahan.


"Saya mengajak umat Islam di negara ini menilai dengan matang menggunakan neraca agama bukannya menilai berpandukan hujah orang yang dikatakan alim agama lebih-lebih lagi memakai baju politikus," tambahnya.

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page