top of page

Jangan benarkan wujud parasit gugat Kerajaan Perpaduan - Syed Badli



Kerajaan Perpaduan yang mendapat rentak kerjasama menenggelamkan musuh politik dalam beberapa siri pilihanraya tidak sewajarnya terhalang oleh sikap sesetengah pemimpin parti komponen bertindak sebagai parasit.


Aktivis KEADILAN, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, pemimpin UMNO seharusnya menunjukkan sikap berlapang dada dengan perkongsian kuasa bersama Pakatan Harapan demi menghasilkan Malaysia yang lebih harmoni buat rakyatnya.


Sehubungan itu, Syed Badli Shah membidas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed kelmarin yang menyifatkan KEADILAN dan AMANAH tidak layak berada di meja "poker" perkongsian kuasa dalam Kerajaan Perpaduan.


Katanya, tidak seharusnya Nur Jazlan menyifatkan kerjasama tersebut sebagai permainan judi dan menganggap parti komponen KEADILAN atau AMANAH sebagai penumpang dalam kerajaan.


"Tidak seharusnya seorang pemimpin bertaraf kepimpinan tertinggi komponen kerajaan mengeluarkan kenyataan tempang yang berbaur perpecahan.


"Tindakan beliau ini diibaratkan seperti parasit yang berusaha ke arah meruntuhkan kerjasama Kerajaan Perpaduan.


"Saya agak terkejut seorang yang bertaraf Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Syed Shah dalam kenyataan hari ini.


Mantan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan itu berkata, beliau tertanya tanya apakah maksud sebenar Nur Jazlan mengaitkan kerjasama politik dengan permainan judi poker, mesin kuda atau roulette.


Katanya, sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara beliau seharusnya mengeluarkan kenyataan yang lebih profesional dan tidak mengeruhkan keadaan selepas Perpaduan merayakan kemenangan hasil kerjasama erat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota minggu lalu.


"Seharusnya beliau mengeluarkan kenyataan yang lebih positif menyeru ke arah pengukuhan Kerajaan Perpaduan kerana hubungan kerjasama antara Pakatan Harapan dan UMNO berada di tahap terbaik.


"Justeru itu saya menyeru kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan tegas terhadap Nur Jazlan.


"Tidak seharusnya pemimpin bersikap parasit seperti ini dibiarkan untuk merencatkan agenda pengukuhan Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.


Kelmarin Nur Jazlan dalam hantaran di Facebook berkata KEADILAN dan AMANAH bukan setakat dalam politik nasional, tetapi politik di peringkat negeri Johor pun kurang layak duduk semeja bermain poker politik.


Kata beliau lagi, kedua duanya tidak mempunyai sokongan yang banyak seperti UMNO dan DAP tetapi mahukan banyak kerusi untuk bertanding pilihanraya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page