Jamuan Aidilfitri KEADILAN Wilayah santuni semua pemimpin
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Majlis Jamuan Aidilfitri KEADILAN Wilayah Persekutuan semalam tampil dengan kelainan apabila calon-calon di seluruh Wilayah Persekutuan yang bertanding pada sesi pemilihan 2025 kali ini diperkenalkan kepada umum.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin, semua calon yang bertanding di seluruh Wilayah Persekutuan perlu diraikan dalam semangat kekeluargaan biarpun bahang pemilihan hangat terasa.
''Kita raikan semua calon.. mereka kelihatan gembira.. menang atau kalah mereka tetap adik-beradik.
''Ini yang kita mahukan bahawa pertandingan merupakan perkara biasa. Menang tak menang semua, kalah tak kalah semua. Paling penting parti kena kuat,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan dengan anjuran bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
Dalam pada itu, Azman yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri menasihatkan semua calon agar bertanding secara sihat.
Katanya, calon seharusnya bertanding tanpa melontarkan fitnah dan tidak memburukkan pihak lawan.
Comments