top of page

Jalan Masjid India disahkan selamat untuk semua aktiviti - Dr Zaliha



Oleh: Akmal Manaf


Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur disahkan selamat untuk sebarang aktiviti selepas beberapa kajian dan ujian dijalankan oleh pasukan petugas khas.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pengesahan itu dilakukan setelah mengambil kira pandangan kepakaran secara kolektif oleh pelbagai agensi.


Katanya, pandangan itu adalah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).


''Agensi lain adalah pertubuhan profesional seperti Institut Jurutera Malaysia dan Pertubuhan Geo Teknikal Malaysia,'' katanya dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan daripada P Prabakaran (PH-Batu) yang bertanya mengenai status keselamatan terkini dan tindakan yang bakal diambil hasil daripada kajian yang telah dijalankan berkaitan tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India termasuk kawasan-kawasan lain yang berpontensi berlaku mendapan.


Ketika sesi soal jawab itu, Dr Zaliha turut menjelaskan kepada ahli dewan berkaitan tindakan langkah jangka pendek dan panjang yang boleh diambil.


Jelasnya lagi, beberapa tindakan segera jangka pendek telah dilaksanakan seperti audit aset utiliti yang telah dilaksanakan syarikat-syarikat utiliti di kawasan Central Business District (CBD) termasuk di Jalan Masjid India.


Katanya, pemetaan dan ujian integriti di bawah tanah juga telah dijalankan bagi mengesan sebarang kelemahan kepada aset-aset lama.


''Perkara kedua ialah penggunaan teknologi seperti kaedah radar penembusan tanah (GPR) yang digunakan untuk menyiasat struktur tanah.


''Ujian geofizik seperti mikrograviti dan Ground Settlement Monitoring turut digunakan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah atau lohong bawah tanah,'' ujarnya lagi.


Bagi tindakan jangka panjang pula, beliau berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penyiasatan tanah secara mendalam melibatkan penggunaan teknik 'deep pouring' dan ujian makmal untuk memastikan struktur tanah stabil.


''Laporan geo teknikal oleh jurutera bertauliah akan disediakan untuk kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko.


''DBKL juga akan melaksanakan komunikasi awam dalam platform media sosial bagi memberi makluman dan keyakinan kepada masyarakat mengenai tahap keselamatan di kawasan Jalan Masjid India,'' katanya lagi.


Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page