top of page

Jaga kebersihan Kuala Lumpur perlu jadi azam 2025



Warga Kuala Lumpur dan rakyat Malaysia diharap berazam pada 2025 untuk lebih cakna dalam hal menjaga kebersihan.


Bagi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andrei Lai Cheng Heng, penjagaan kebersihan perlu dijadikan amalan terutama dalam acara besar seperti sambutan malam tahun baharu dan sebagainya yang sering menyaksikan sampah bersepahan di kawasan utama majlis diadakan.


Katanya, Malaysia yang rasmi menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025 perlu dilihat lebih bersih dan rapi bagi melambangkan rakyatnya yang bertanggungjawab dan berwibawa.


"Marilah kita bersama-sama menjadikan amalan “Sampah Tidak Bersepah” sebagai cerminan budaya dan kualiti warga kota kita.


"Usaha ini bukanlah sesuatu yang sukar—sama ada membuang sampah ke dalam tong sampah atau membawanya pulang untuk dilupuskan dengan betul.


"Sebagai contoh, rakyat Jepun menunjukkan teladan yang baik. Di kawasan awam, meskipun tiada tong sampah, mereka tetap membawa sampah pulang dan membuangnya di tempat yang sesuai.


"Amalan ini menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai seorang warganegara," katanya dalam kenyataan.


Tambah Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu, rakyat mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan bandaraya Kuala Lumpur bersedia menerima pelbagai acara penting.


Kebersihan persekitaran, katanya, merupakan elemen utama dalam mencerminkan imej negara. Bandaraya yang dipenuhi sampah hanya akan mengundang pandangan negatif daripada orang asing atau pelabur luar.


"Oleh itu saya menggesa semua warga kota agar mengurangkan penghasilan sampah, membawa beg sampah sendiri, dan melupuskannya dengan betul.


"Gunakanlah kemudahan tong sampah yang disediakan dan jangan sesekali merosakkan harta awam.


"Lebih daripada itu, usaha menjaga kebersihan dan kelestarian bukanlah tanggungjawab bermusim atau sekadar slogan, tetapi perlu diterapkan dalam kehidupan seharian secara konsisten," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page