top of page

Jaga kebajikan ahli, Koperasi Keadilan Berhad diluncurkan



KEADILAN akan menjadi parti pertama yang menjaga kebajikan ahlinya dengan memperkenalkan model perniagaan koperasi.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Koperasi Keadilan Berhad yang dilancarkan oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan membuka saham RM100 minimum dan maksimum RM20,000 bagi mengumpul modal untuk memulakan perniagaan.


"Saya pada hari ini mengucapkan terima kasih kepada presiden yang meluncurkan Koperasi Keadilan Berhad


"Ini cara kita, ini reformasi kita. Harapan kita di tahun akan datang, koperasi ini akan menjadi benih untuk menjana keupayaan ekonomi sahabat sabahat di akar umbi seperti saudara saudari.


"Kumpul modal dari anggota parti lebih berkeupayaan. Kita kumpul dan kita guna untuk membiayai perniagaan kecil dan mewujudkan peluang kerja kecil di kawasan lain yang tidak bernasib baik.


"Jumlah minima saham RM100 dan jumlah maksima RM20,000. Jumlah maksima ini akan terus naik bergantung kepada jumlah dana modal terkumpul koperasi yang akan terus naik dari semasa ke semasa," kata Rafizi dalam Kongres Nasional Khas KEADILAN di Shah Alam, petang tadi.


Dalam ucapan itu juga Ahli Parlimen Pandan tersebut menekankan perlunya menteri dan Timbalan Menteri daripada parti berkenaan membeli saham maksimum untuk mempercepatkan lagi pengumpulan modal.


"Kita ada 6 bulan untuk mengerakkan koperasi supaya kita boleh berjumpa balik pada November tahun ini, modal berbayar Koperasi Keadilan Berhad RM5 juta


"Kita juga nak ajar rakan politik yang lain. Macam ini caranya menjaga kebajikan anggota parti. Bukan sakau duit rakyat dapat ratus juta dalam akaun parti.


"Mulai tahun depan kita akan mula membuka kedai runcit Kira untuk diusahakan anggota parti di kawasan terpilih dan jaringan itu akan terus besar dan besar sehingga mempunyai satu jaringan kekuatan ekonomi dan kewangan tersendiri," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page