top of page

Jadikan podcast ruang ilmiah, bincang isu umat, negara



Audio siar atau podcast yang menjadi trend penyiaran terkini sepatutnya dijadikan ruang membicarakan ilmu serta medium untuk membincangkan isu umat Islam dan negara.


Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegur sikap sesetengah pempengaruh yang menggunakan ruang poscast untuk bersembang kosong atau bergosip semata mata yang tidak mencerahkan minda para pendengar.


"Kita raikan kebebasan untuk berkarya memberikan pandangan. Namun apa yang paling penting apakah objektif dan impak kepada perbincangan atau pun idea itu?


"Marilah kita bersama-sama membicarakan tajuk-tajuk yang produktif yang konstruktif yang boleh membawa negara kepada kemajuan, perpaduan dan kesatuan hati rakyat Malaysia kerana pada hari ini cabarannya (maklumat) begitu besar", katanya selepas merasmikan Nadwah Mahasiswa Timur Tengah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini.


Program Nadwah Mahasiswa Timur Tengah itu melibatkan mahasiswa dari Mesir, Jordan, Arab Saudi, Maghribi dan juga beberapa buah negara dari Timur Tengah. Ianya bertujuan mengeratkan jaringan kerjasama di antara kerajaan dan juga para mahasiswa dari aspek kebajikan dan juga akademik.


Menurut Dr Zulkifli, generasi baharu pelajar Timur Tengah perlu dipertemukan selalu dan diperkuatkan ukhuwah mereka. Katanya, mereka boleh memberi tauladan dan menjadi pemangkin perubahan serta perpaduan umat.


Tambah beliau, sudah sampai masanya generasi muda pelajar Timur Tengah bangkit dengan naratif baharu perpaduan dan berjiwa besar menangani perbezaan serta kepelbagaian.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page