top of page

Jadikan Felda tempat berkembang budaya baik, pengurusan cekap - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Felda selepas ini akan dilihat sebagai tempat yang melahirkan budaya baik, pengurusan cekap dan peneroka punya jatidiri yang ampuh.


Beliau berkata demikian dalam ucapan pada sambutan Hari Peneroka Felda 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Ahad. Katanya, Felda seharusnya menjadi suri teladan yang baik dari segi tatakelola dengan memberikan contoh terbaik kepada semua agensi di bawah kerajaan.


Tambahnya, nilai dan pengajaran peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW harus diambil dan dihayati, bagi membantu melakukan perubahan dalam Felda, bukan mencakupi pihak pengurusan semata-mata tetapi juga peneroka


"InshaAllah kalau kita ada kefahaman betul atau kalau Felda berhasil betul-betul boleh jadi contoh terbaik. Bagaimana orang miskin diberi tanah dan diangkat martabat mereka.


"Hari ini saya pilih beri ucapan agak aneh. Saya, menteri dan sampai kepada peneroka (Felda) serta keluarga mereka, (harus) ada usaha lebih untuk santuni anak-anak muda kerana apabila kita berbicara, ia (mesti melibatkan) wanita, masyarakat. Ia mesti melibatkan semua orang.


"Mudah-mudahan kita dapat bawa perubahan ini kepada semua . Yang baik percayalah bukan saya mahupun (Ahmad) Zahid dan kawan-kawan dalam Kabinet akan bantu (buat perubahan) tetapi kesediaan mesti ada. Jangan jadikan FELDA tempat pecah-belah, (cetus) kebencian dan perseteruan," katanya dipetik.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil.


Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan pimpinan Felda agar menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.


Beliau turut memberi amaran sekiranya berlaku kecurangan dalam pentadbiran kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pimpinannya yang didapati bersalah.


"Ketua Audit Negara, SPRM jalankan kerja, jangan kira siapa termasuk ke atas Felda.


"Saya beri peringatan supaya tidak terjebat dengan salah laku dan rasuah. Siapa salah, jaga! Tindakan akan diambil," tegasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page