top of page

Jadi pembangkang konstruktif, jangan asyik main politik



Oleh: Abdullah Zaid


Pembangkang dan laskar siber mereka diingatkan jangan menidakkan fakta berkenaan pertumbuhan ekonomi negara yang rancak pada suku kedua 2024.


Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pembangkang tidak wajar mengelirukan rakyat mengenai kejayaan Kerajaan Madani yang telah meletakkan ekonomi Malaysia berada di landasan betul menuju pemulihan.


Katanya, apa yang penting pembangkang PN seharusnya lebih berperanan memberi kritikan membina memandangkan kekuatan ekonomi negara membawa manfaat kepada semua pihak.


"Pembangkang sebaiknya memberi teguran yang lebih konstruktif kerana ekonomi adalah kepunyaan semua. Mereka boleh menolong dengan mengkritik isu-isu berkait dengan tadbir urus dan rasuah.


"Tetapi yang saya lihat di Parlimen (misalnya) kelemahan mereka memberi yang analisis dan cadangan bernas dan boleh dipakai.


"Mereka main politik memang terbaik, tetapi saya berharap mereka boleh jadi pembangkang yang efektif demi kepentingan sistem demokrasi kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Untuk rekod, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kelmarin mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara berkembang 5.8% pada suku kedua 2024 berbanding suku pertama 4.2%


Menurutnya, jangkaan itu merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022 yang mencatatkan 7.4%.


Jelasnya, ekonomi negara ketika ini dijangka akan terus berkembang atas faktor domestik dan eksport.


Selain itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula pada semalam memaklumkan prestasi ringgit ketika ini mencatat rekod kedua terbaik di Asia dan dijangka terus mengukuh hingga akhir tahun.


Sementara itu, kelmarin Bursa Malaysia dilaporkan ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tiga tahun.


Hal itu seiring dengan kenaikan global berikutan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS menurunkan kadar faedah dan telah merangsang segmen pasaran berisiko.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page