top of page

Jabatan Imigresen laksana digitalisasi permohonan pelbagai pas



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi agensinya iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini sedang menuju ke arah konsep pengurusan pendigitalan seiring dengan peredaran zaman.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, transformasi ke arah pendigitalan itu mempunyai manfaat tersendiri seperti berupaya menjimatkan kos yang dikeluarkan oleh kerajaan selama ini.


Katanya, langkah pembaharuan dalam JIM adalah melaksanakan agenda digitalisasi yang menyaksikan sebelum ini pemohon perlu hadir ke kaunter untuk memohon pas-pas yang berkaitan.


''Jadi (sekarang) kami sudah mula beralih (digital) walaupun bukan semua jenis pas tetapi pas-pas yang popular ini sekarang kami hanya uruskan secara atas talian.


''Manfaatnya besar, pertama kita dapat jimatkan kos kerajaan. Kami membelanjakan hampir RM13 juta hanya untuk mencetak pelekat, apabila sesuatu pas dikeluarkan, ianya perlu ditampal pelekat pada pasport.


''Sekarang tidak lagi kerana mereka hanya perlu membawa peranti dan status pas itu ada dalam peranti mereka,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu apakah inisiatif terbaharu JIM dalam memperkasakan penambahbaikan perkhidmatan terutamanya melibatkan urusan pas kemudahan imigresen seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Permit Masuk.


Hal itu susulan kejayaan Kementerian memperkenalkan pelbagai inisiatif dan reformasi baharu dalam urusan penting seperti perkara melibatkan perihal kewarganegaraan, isu-isu kesesakan di pintu-pintu masuk dan lain-lain.


Menyentuh mengenai sistem yang dimiliki JIM dalam era digitalisasi ini, Saifuddin memaklumkan bahawa kakitangan JIM sudah mempunyai sistem berkenaan.


''Untuk tujuan pemeriksaan, semua kakitangan JIM sudah ada sistem (tersebut) yang juga menggunakan peranti untuk mengesan ketulenan bagi mengelakkan penipuan.


''Menjawab soalan Petaling Jaya (Chean Chung), kami sedang berganjak ke situ (digitalisasi).


''Majikan tidak perlu lagi pergi ke kaunter untuk memperbaharui PLKS yang tamat.


''Hasilnya kaunter yang menguruskan pas ini mengalami pengurangan kesesakan sehingga 70 peratus,'' ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page