top of page

Isu upacara keagamaan: Serah kepada pemerintah, jangan api apikan isu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 10
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keamanan negara.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George menegaskan, isu perpaduan nasional adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan termasuklah kepada pihak yang mahu berdebat mengenai upacara keagamaan yang dikhuatiri terjebak ke dalam unsur 3R (kaum, agama dan raja).


Oleh itu katanya, tidak wajar cabar mencabar antara tokoh politik atau pendakwah bebas dalam isu berkaitan upacara keagamaan sebagaimana yang berlaku hari ini.


"Saya menyeru semua pihak untuk bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya.


"Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengapi-apikan isu ini dengan kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan.


"Biarlah undang-undang berjalan dan keadilan ditegakkan tanpa sebarang gangguan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Gunaraj berkata, kenyataan tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan kepentingan perpaduan dan menolak sebarang bentuk provokasi perkauman yang boleh menggugat keharmonian negara amat dialu-alukan.


"Komitmen beliau dalam memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang bersatu-padu, berbilang kaum, dan saling menghormati juga harus disokong semua pihak.


"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) atas keprihatinan serta ketegasan dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara.


"Syabas kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) atas tindakan pantas dalam menangani perkara ini.


"Keseriusan pihak berkuasa dalam mengambil tindakan segera amat dihargai dan diharapkan dapat menjadi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat perpaduan rakyat Malaysia," ujarnya lagi.


Dalam isu sama, beliau memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menarik balik hantaran berkenaan.


Namun katanya, individu seperti Zamri Vinoth masih berani mengulang siar kandungan yang bersifat provokatif, sekali gus menunjukkan ketidakpedulian terhadap perpaduan rakyat di negara ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page