top of page

Isu tapak kuil: Pempengaruh hina PMX dilapor polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 1 min read

Shahbudin (kanan) bersama Mejar (B) Razali dan Mustapa Mansor membuat laporan polis di IPD Dang Wangi
Shahbudin (kanan) bersama Mejar (B) Razali dan Mustapa Mansor membuat laporan polis di IPD Dang Wangi

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) sekali lagi membuat laporan polis ke atas seorang individu yang didakwa menghina Perdana Menteri (PMX) berhubung isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.


Menurut Pengerusi Biro Politik Sekpur, Shahbudin Embun, laporan polis tersebut dibuat ke atas tiktoker, M Rajamohan yang didakwa dengan sengaja memutar belit fakta kononnya PMX 'merobohkan' kuil dan beliau akan ditimpa malapetaka kerana perbuatan tersebut.


Pempengaruh terbabit juga, kata Shahbudin, mengaitkan PMX dengan isu di Pulau Pinang dua dekad lalu kononnya Anwar pada waktu itu sebagai Timbalan PM pernah menghalang upacara keagamaan di kuil.


"Persepsi dia cakap ini cukup tidak menghormati institusi Perdana Menteri dan dia membawa isu 3R iaitu (berkaitan) agama serta bangsa," katanya.


Dalam laporan polis yang dilihat media, Shahbudin menjelaskan "Rajamohan telah memuat naik kenyataan berunsur fitnah dengan tuduhan PM merobohkan kuil untuk mendirikan masjid di tapak kuil berkenaan. PMX juga didakwa memberhentikan loceng kuil pada tahun 1998.


Kenyataan pempengaruh itu mengandungi unsur unsur sabotaj, memutar belitkan fakta demi menjejaskan reputasi dan kredibiliti PM Malaysia selaku pemimpin utama negara"


Beliau menyarankan agar dilakukan siasatan ke atas individu terkait di bawah Akta Hasutan dan memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang undang negara terhadap pempengaruh terbabit.


Shahbudin ditemani Pengerusi Sekpur, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dan Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria ketika membuat laporan polis di IPD Dang Wangi semalam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page