Oleh: Abdullah Zaid
Kerajaan membawa usul menggantung Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Pas-Machang) daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan berhubung ekoran surat layang yang menghina pegawai kerajaan.
Usul yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkait ucapan perbahasan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Jul lalu.
"Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fahsyal bin Wan Ahmad Kamal Ahli Parlimen Machang telah memaklumkan kepada dewan berhubung surat layang tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilan Malaysia Airport Holding Berhad, bahawa Yang Berhomat Machang juga telah menamakan individu yang menjadi dalang dalam pengambilan alih MAHB adalah Shahazwan Harris yang merupakan pegawai KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
"YB Machang telah memperincikan surat layang yang merujuk layanan negatif individu tersebut kepada pekerjanya bahawa surat layang membawa perhatian tidak dapat dikenalpasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya.
"Perbuatan MP Machang telah beri kesan buruk bukan sahaja individu yang didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi kementerian yang teraniaya, bahawa dalam perbahasan tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Jelasnya, sekiranya usul itu dipersetujui maka Wan Fahysal akan digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan dari tarikh keputusan usul itu diluluskan.
Susulan itu, beberapa wakil Ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan usul tersebut selain menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menarik balik usul tersebut memandangkan individu terkait itu disifatkan bukan sebagai pegawai kerajaan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Syahredzan Johan (PH-Bangi) tampil menjelaskan KWSP adalah agensi kerajaan Malaysia maka individu yang disebut itu adalah pegawai kerajaan selaras dengan Akta KWSP.
"Saya cuma nak maklumkan bahawa bahawa Akta KWSP Seksyen 69A Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam terpakai kepada pegawai KWSP.
"Kedua, ahli lembaga, panel pelaburan dan pegawai disifatkan sebagai perkhidmat awam di bawah Seksyen 70 Akta KWSP, jadi Yang Dipertua, ‘your decision is correct as usual’," ujarnya.
Keputusan usul itu kemudiannya dibaca oleh Speaker menerusi hasil undi belah bahagi.
"Jumlah Ahli Yang Berhormat tidak hadir 46, manakala tidak mengundi tiga yang tidak bersetuju 63 tetapi yang bersetuju 110.
"Oleh demikian, Yang Berhormat Machang digantung mulai hari ini selama enam bulan," katanya.
Comments