top of page

Isu stoking KK Mart: Kes sama era PN kenapa tidak dibawa ke mahkamah?



Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin dan penyokong pembangkang PN diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan dengan menjadikan keputusan mahkamah berhubung isu stoking tertera kalimah Allah membabitkan KK Mart dan syarikat pembekalnya yang didenda RM60,000 sebagai modal politik.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, sebaliknya insiden sama membabitkan sebuah syarikat jenama peralatan sukan yang berlaku sewaktu PN menjadi kerajaan tidak pula diambil tindakan susulan dan pendakwaan.


"Hakikatnya kes yang sama juga pernah berlaku pada tahun 2022 semasa PN menjadi kerajaan, apabila seorang individu yang menjumpai kalimah Allah pada ground mat atau lapik khemah di sebuah kedai barangan sukan yang terkenal di Malaysia.


"Namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan PN pada ketika itu dan (kes) langsung tidak dibawa ke mahkamah.


"Jadi kenapa sekarang PN cuba menjadi jaguh dalan kes ini? Sedangkan semasa PN jadi kerajaan pun mereka gagal melakukan perkara yang sama," katanya kepada Suara Keadilan.

Kes hampir sama era PN tidak dibawa ke mahkamah

Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam mengenakan denda masing masing kepada Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd sebanyak RM60,000 kerana melukakan hati penganut agama Islam.


Denda keseluruhan RM120,000 itu adalah hukuman selepas kedua-dua syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan menguris perasaan penganut Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah, pada Mac lalu.


Mengulas lanjut, Azha berkata, hukuman itu menunjukkan ketegasan Kerajaan Madani dalam membela isu-isu sensitiviti menyentuh 3R (agama, kaum dan institusi raja).


"Isu KK Mart ini telah dibawa ke mahkamah dan pihak hakim sendiri telah membuat keputusan yang tepat. Jadi tak timbul pun soal Kerajaan Madani lemah dalam mempertahankan sensitiviti orang Melayu Islam.


"Selain itu, kita perlu sedar bahawa negara kita telah mengamalkan sistem pembahagian kuasa yang meliputi pentadbiran, perundangan dan kehakiman yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan dan salah guna kuasa oleh kerajaan," katanya menempelak komen netizen yang membabitkan pemimpin Kerajaan Madani konon mempengaruhi mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan ke atas pihak yang bersalah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page