top of page

Isu Petronas-Petros: 'Kerajaan Perpaduan mampu selesaikan dengan baik'



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak menyifatkan isu penyeliaan perdagangan minyak dan gas (O&G) di antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan anak syarikat kerajaan negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) seharusnya diselesaikan dalam proses rundingan.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Sarawak, Roland Engan berkata, kepimpinan Kerajaan Perpaduan diyakini berupaya meredakan ketegangan itu berhubung ura ura Petronas akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan isu berkenaan.


"Pada akhirnya, apa jua pertikaian, jika ada, mesti diselesaikan secara baik supaya rakyat Malaysia mendapat manfaat dan kesaksamaan secara adil di negara tercinta ini.


"KEADILAN Sarawak percaya kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri cukup bijaksana untuk menyelesaikan isu itu secara baik dan secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Channel News Asia melaporkan bahawa Petronas sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang untuk mengekalkan peranannya sebagai penjaga tunggal sumber asli negara.


Susulan itu, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang menyuarakan kekesalan berkenaan laporan berkenaan.


Menurutnya, tindakan undang-undang berhubung penyeliaan perdagangan minyak dan gas (O&G) terhadap Kerajaan Sarawak dibimbangi boleh mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara.

0 comments

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page