Isu Petronas import gas bosan, sehinggalah pembangkang buat 'drama'
- Suara Keadilan
- 6 hours ago
- 2 min read

Isu Petronas mengimport gas untuk kegunaan dalam negara tidak menarik perhatian rakyat sehinggalah pembangkang menambahkan unsur unsur 'drama' ke dalam bahan naratif mereka.
Menurut Menteri Eknomi, Datuk Seri rafizin Ramli, rakyat yang tidak kisah tiba tiba menjadi marah apabila pembangkang mereka cipta naratif kononnya kerajaan mahu menghapuskan monopoli Petronas dalam pengimportan gas (LNG) di negara ini.
Sedangkan, hakikatnya semua syarikat boleh mengimport gas asli cecair namun dengan kerangka sistem yang ada hampir tiada syarikat berminat melakukannya.
Oleh itu, kata beliau, kerajaan sedang berusaha memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara yang boleh mengaktifkan industri itu.
"Bukan untuk memangsakan Petronas tetapi untuk mengurangkan beban Petronas di masa depan.
"Sebenarnya sekarang ini, mana-mana syarikat pun boleh mengimport gas asli cecair untuk dijual ke pasaran.
"Infrastruktur regassification dan paip gas memang dimiliki Petronas tetapi sebab kita ada kerangka akses kepada pemain industri melalui akses pihak ketiga, mana-mana syarikat boleh mengimport LNG dan dijual ke pasaran.
"Masalahnya, syarikat lain tidak berminat. Hampir keseluruhan pengimportan LNG ke pasaran domestik dibuat oleh Petronas," katanya dalam satu siaran media.
Tegas Rafizi, perkara itu menimbulkan beban kepada syarikat milik negara berkenaan kerana kebergantungan negara kepada Petronas semata-mata.
Katanya, sekiranya harga yang diimport Petronas lebih tinggi daripada harga yang dijual kepada pasaran syarikat itu terpaksa menanggung kerugian.
Oleh itu, Pelan Hala Tuju Gas Negara sebenarnya bertujuan untuk merancakkan rantaian nilai gas domestik, memandangkan negara bakal mengimport lebih banyak LNG selepas ini kerana pengeluaran gas bagi kegunaan pasaran Semenanjung semakin berkurangan.
Ujarnya, apabila lebih banyak syarikat menceburi perdagangan gas dan mengimport LNG untuk dibekalkan, kedudukan Petronas dan negara akan menjadi lebih baik dari beberapa sudut.
"Pertama, Petronas dapat menjana pendapatan tambahan kerana syarikat itu perlu membayar yuran akses untuk menggunakan infrastruktur gas Petronas.
"Kedua, risiko Petronas berdepan kerugian kerana memikul beban sebagai satu-satunya pengimport LNG juga berkurangan.
Ketiga, bekalan gas lebih terjamin kerana industri gas yang lebih banyak pemain.
"Keempat, kita boleh menarik pelaburan baru ke dalam industri gas hiliran," katanya.
Dalam pada itu, sinis Rafizi, pembangkang tidak tahu sejarah panjang beliau bersama Petronas sejak berusia 18 tahun.
Kesetiaannya kepada Petronas, kata Rafizi, jauh lebih hebat daripada pemimpin pembangkang yang tiada kena mengena dengan syarikat milik negara itu.
"Saya berada di dalam keluarga Petronas sejak dari berumur 18 tahun, iaitu sebagai penerima biasiswa Petronas hinggalah umur 32 tahun. Tak masuk akal orang macam saya nak memangsakan Petronas.
"Kalau ya pun nak spin, jangan lebih-lebih," kata Rafizi lagi.
コメント