top of page

Isu pertukaran MB: Henti ganggu gugat kestabilan politik Selangor - PH Selangor



Oleh: Akmal Manaf


Sebarang langkah mengganggu-gugat kestabilan politik dan pentadbiran Kerajaan Selangor harus dihentikan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan untuk memberi perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat di negeri berkenaan.


Menurut kenyataan bersama Pakatan Harapan (PH) Selangor, Rancangan Selangor (RS1) merupakan bukti kesungguhan pentadbiran yang diketuai Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari untuk memimpin negeri ke satu tahap yang lebih baik.


Oleh itu, katanya, kejayaan RS1 amat bergantung kepada kestabilan politik, manakala mandat yang diberikan rakyat selama lima tahun kepada MB merupakan amanah dan kepercayaan.

Halimey A Bakar, Abbas Azmi, Wong Siew Ki

"Titah Sultan Selangor kepada Amirudin ketika menerima watikah lantikan sebagai Menteri Besar di mana Tuanku Sultan Selangor mahukan kerajaan ini kekal sehingga habis penggal menjelaskan betapa pentingnya kestabilan politik di Selangor.


"Justeru, sebarang tindakan perlu melihat kepada kepentingan negeri dan rakyatnya, dan bukannya melihat daripada kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sahaja.


"Di bawah pentadbiran Amirudin dan barisan Exco yang sentiasa cakna dan peduli dengan suara rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti Program Iltizam Selangor Penyayang, menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri sangat dekat dengan rakyat," kata kenyataan itu.


Kenyataan tersebut dikeluarkan Ketua Penerangan PH Selangor, Abbas Azmi; Penolong Ketua Penerangan, Halimey Abu Bakar dan Wong Siew Ki.


Dalam pada itu, mereka menyifatkan Selangor dikenali sebagai negeri yang maju dan menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.


Katanya, kemajuan negeri Selangor adalah hasil kestabilan politik di negeri berkenaan dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada Kerajaan PH serta Perpaduan ketika pilihan raya negeri yang lalu.


Kenyataan itu turut menyentuh mengenai 'cakap-cakap' mendakwa seorang Menteri Persekutuan mahu berhijrah menyertai PH Selangor yang memuncakkan spekulasi pertukaran jawatan MB.


PH Selangor menyifatkan khabar angin itu boleh mengundang keresahan dalam kalangan rakyat Selangor.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page