top of page

Isu pendidikan diselesai secara sistematik, holistik - Menteri Pendidikan



Kerajaan akan terus berusaha menangani isu pendidikan secara sistematik dan holistik sejajar peredaran masa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha itu akan dilaksana melalui Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (PSKPM) 2024 hingga 2030 yang mengandungi lima teras strategik.


Lima teras berkenaan adalah untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan; mengukuhkan pendidikan digital; menambah baik kemudahan asas institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM); memperkasakan pengurusan sumber manusia dan mengislahkan sistem tatakelola dan akan dilaksana secara komprehensif bagi tempoh tujuh tahun akan datang.


"Lima teras strategik itu akan didukung 17 strategi, 66 program dan 82 petunjuk prestasi utama (KPI) yang dirangka untuk mencapai visi dan misi KPM.


"Ia membabitkan pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera dan melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


"Pemantauan pelaksanaan pelan ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan setiap program dan inisiatif mencapai matlamat yang ditetapkan," katanya.


Fadhlina berkata begitu pada ucapan di Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya pada Isnin.


Pada majlis sama beliau turut melancarkan pelan strategik berkenaan dan penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi peringkat KPM.


Sementara itu beliau turut memaklumkan, dua jawatankuasa bakal dibentuk bagi memantau pelaksanaan PSKPM termasuk melalui Jawatankuasa Induk Pemantauan PSKPM.


Kedua-dua jawatankuasa ini masing-masing akan bersidang sekali dan dua kali setahun untuk memastikan pelaksanaan PSKPM lancar dan mencapai matlamat ditetapkan


"Jawatankuasa pertama akan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi manakala yang kedua membabitkan Jawatankuasa Kerja Pemantauan PSKPM yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), Datuk Wan Hashim Wan Rahim," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page