top of page

Isu pencemaran bau sungai Semenyih berjaya diselesaikan kurang 24 jam


Pihak Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyelesaikan isu pencemaran bau yang mengakibatkan henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kurang 24 jam.


Hal itu dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata bekalan air bersih akan disalurkan semula kepada penduduk terjejas secara berperingkat mulai esok selepas loji berkenaan dibersihkan.


"Lori tangki akan terus membawa bekalan air ke kawasan yang terjejas di samping pili awam di lokasi tertentu," katanya dalam catatan di Facebook.


Sementara itu pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata, pembersihan loji dan rawatan air di loji akan mengambil masa lebih kurang 14 jam sebelum bekalan disambung.


Syarikat pembekal air tersebut akan memaklumkan pelan pemulihan bagi 463 kawasan dalam lima wilayah agihan air menerusi kenyataan media.


"Air Selangor telah mengaktifkan pelan mitigasi dengan mengagihkan bekalan air alternatif daripada loji rawatan air (LRA) Langat 2 dan LRA Labohan Dagang ke sebahagian kawasan di wilayah Hulu Langat dan Kuala Langat.


"Para pengguna di kawasan Kajang Baru, Kajang, Semenyih dan Beranang di wilayah Hulu Langat serta Jenjarom, Teluk Panglima Garang dan Pulau Carey di wilayah Kuala Langat akan menerima bekalan air alternatif secara berkala," kata syarikat itu.


LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di stesen pam air mentah Jenderam Hilir pada jam 11.10 pagi semalam.


Senarai lengkap kawasan terjejas dimuatkan di Facebook Air Selangor di pautan berikut: https://www.facebook.com/airselangor/posts/4688849484478930

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page