top of page

Isu pembesar suara masjid kuat: Media lapor luar konteks - Zairudin



Oleh: Akmal Manaf


Pihak berkuasa diminta untuk menyiasat dakwaan penggunaan pembesar suara yang kuat ketika kuliah agama di sebuah masjid di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini telah dilapor secara di luar konteks oleh beberapa portal berita.


Menurut Pegawai Khas (Media) kepada Dr Zulkifli iaitu Zairudin Hashim, terdapat beberapa portal yang menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan memberi arahan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat hal tersebut.


Katanya, Dr Zulkifli tidak menyebut sebarang arahan khusus kepada mana-mana pihak termasuk JAWI. Siasatan bagaimanapun dijalankan mengikut prosedur sedia ada.


"Merujuk kepada beberapa tajuk portal, media yang melaporkan secara salah kenyataan Senator Dr Zulkifli Hasan yang didakwa sebagai 'mengarahkan pihak JAWI untuk menyiasat isu pembesar suara kuat di masjid'.


"Pihak kami menegaskan bahawa tajuk tersebut adalah dilaporkan secara salah, dipetik secara luar konteks dan boleh menimbulkan fitnah serta salah faham," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Zairudin, Dr Zulkifli dalam temuramah bersama wartawan berkata siasatan akan dibuat susulan beberapa aduan berkaitan isu berkenaan.


Justeru, katanya, Timbalan Menteri Agama itu optimis isu berkenaan boleh diselesaikan secara berhemah tanpa menerbitkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat.


"Nanti kita siasat dan kita semak, benda ini (isu) sememangnya sudah ada pihak yang berautoriti untuk melakukan tindakan.


"Apa yang kita katakan bahawa sudah ada kerangka kerja, bidang kuasa, namun begitu sekiranya ada apa-apa permasalahan atau isu, kita akan tangani dengan sebaiknya," kata Zulkifli dipetik.


Jelas, kata Zairudin, Dr Zulkifli menekankan bahawa pihak berkuasa perlu meneliti isu terbabit secara adil dan tanpa menerbitkan sebarang salah faham dalam kalangan masyarakat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page