top of page

Isu pelajar bukan Bumiputera UiTM: ‘Utamakan latih pakar, elak politik sempit’



Oleh: Abdullah Zaid


Permohonan maaf Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung kempen #MahasiswaUiTMBantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM yang digerakkan baru-baru ini sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada umum perlu diambil sebagai satu pengajaran.


Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, pihak yang membuat tindakan membantah itu sepatutnya terlebih dahulu memahami isu kemasukan graduan pasca siswazah dalam program ‘parallel pathway’ bagi melanjutkan pengajian ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks hanyalah bersifat sementara, dan tidak wajar dijadikan isu seolah olah kemasukan pelajar Bumiputera di universiti berkenaan akan dikompromikan.


"Pihak terbabit telah pun menyatakan tanggungjawab mereka dalam soal ini, berikutan isu kekurangan pakar (dalam bidang kardiologi) yang memerlukan negara mengambil tindakan cepat bagi membolehkan pakar-pakar dalam bidang itu segera dihasilkan.


"Kita sedia maklum universiti kerajaan yang lain tidak mempunyai fasiliti seperti yang ada pada UiTM maka saranan kerajaan untuk menggunakan ruang sedia ada itu adalah wajar dan rakyat perlu tahu bahawa ia adalah bersifat sementara.


"Kita juga dimaklumkan UM (Universiti Malaya) akan menjadi salah satu universiti yang akan menawarkan kursus yang sama dan persediaan UM ke arah itu sedang dilakukan," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Siti Aishah, cadangan membenarkan kemasukan pelajar bukan Bumipuetara itu tidak berniat untuk mempertikaikan penubuhan UiTM yang khusus untuk Bumiputera tetapi berkisar kepada kekurangan pakar dalam bidang kardiotorasik.


Katanya, tidak munasabah hanya kerana alasan melanggar syarat Bumiputera maka pesakit jantung di Malaysia terpaksa menunggu lama sebelum menjalani rawatan kerana negara kekurangan pakar.

"Kepada wakil-wakil pembangkang dan anak-anak muda yang fanatik politik jumud (saya nasihatkan) ada ketika sikap relevan dan bertamadun itu perlu diseimbangkan.


"Dalam pentadbiran ada keputusan-keputusan mendesak yang perlu dilakukan bagi memastikan keterjaminan masa depan rakyat diutamakan.


"Ini bukan soal penghapusan kuota atau penindasan kepada agama mahupun kaum, tetapi ia adalah keterlangsungan perkhidmatan yang perlu kita fahami dan maknai," ujarnya lagi.


Semalam, menerusi satu kenyataan, MPP UiTM membuat permohonan maaf secara terbuka berkait kempen #MahasiswaUiTMBantah yang disifatkan tidak menjelaskan situasi kes sebenar selain cuba mengaitkan ia dengan tafsiran Perkara 153 Perlembagaan berhubung hak keistimewaan Bumiputera.


Bantahan yang mula digerakkan pada 14 Mei lalu bertujuan ‘memberi pendedahan dan pengetahuan’ kepada mahasiswa mengenai ‘hak asasi keadilan Bumiputera’ yang menolak kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke dalam institusi pengajian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page