top of page

Isu palsu dokumen tanah lot: PDRM diminta jalankan siasatan - Raymond



Oleh Akmal Manaf


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berhubung satu dakwaan pemalsuan dokumen permohonan tanah lot terancang di daerah Nabawan, Sabah.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, siasatan perlu dijalankan kerana pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa dokumen peribadi mereka telah digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk permohonan tanah tanpa pengetahuan.


"Saya berharap perkara ini dapat ditangani dengan baik dan telus supaya hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi isu ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah di semua peringkat dapat direalisasikan.


"Kita juga tidak mahu isu ini dimainkan oleh pihak pembangkang semasa Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu, Raymond turut meminta Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk mengambil perhatian dalam perkara tersebut melalui Jabatan Tanah dan Ukur.


Katanya, tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang terlibat sebagai pengajaran agar perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.


"Satu transformasi dalam pentadbiran dan permohonan tanah (perlu dilakukan kerana permohonan) banyak tertangguh.


"Integriti dan tatakelola yang baik dalam kalangan kakitangan awam ditagih selaras dengan gagasan Malaysia MADANI dalam Kerajaan Perpaduan hari ini," kata beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page