top of page

Isu Palestin : Yang Jahil Terus Memfitnah, Yang Bijaksana Bersama PM



Oleh Noraini Nordin


ULASAN: Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa sejak meletusnya konflik perang di Palestin, usaha dan kegigihan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mencari jalan damai memang tidak perlu dipertikaikan lagi.


Melalui kenyataan media, sidang antarabangsa, pertemuan dengan pemimpin negara asing, ucapan dan sebagainya, selain secara terbuka memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin, PM juga gigih menggesa agar peperangan segera dihentikan.


Namun demikian, masih kedapatan mereka yang jahil terus menyebarkan fitnah kononnya Anwar dan Malaysia yang dipimpinnya tidak bersungguh dan tidak konsisten dalam mengusahakan keamanan di Gaza.


Manakala yang bijaksana akan akur kepada kebenaran.


Berikut adalah usaha-usaha yang telah diambil oleh Malaysia dalam konflik Palestin yang sudah berlarutan lebih sebulan lamanya: -


  1. Kerajaan Malaysia menggesa genjatan senjata di Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.

  2. Perdana Menteri meminta negara-negara Islam bersatu di Liga Muslim Sedunia.

  3. Perdana Menteri berbincang dengan Mesir untuk utamakan bantuan kemanusiaan dari Malaysia.

  4. Malaysia mohon diadakan sidang tergempar PBB berkaitan isu Palestin yang turut meluluskan Resolusi Genjatan Senjata.

  5. Perdana Menteri tidak peduli keputusan Majlis Keselamatan PBB, terus kuatkan kerjasama dengan Liga Arab dan OIC.

  6. Perdana Menteri mahu pertemuan dengan Turkiye dan Arab Saudi bincang isu Palestin turut disertai negara-negara bukan Islam seperti Rusia, China dan Brazil.

  7. Perdana Menteri memainkan peranan mempengaruhi negara luar seperti Jepun dan Belanda untuk bersimpati terhadap nasib Palestin.

  8. Perdana Menteri tolak desakan Amerika Syarikat untuk menamakan Hamas sebagai pengganas.

  9. Kementerian Luar Negeri menyalurkan derma RM1 juta melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.

  10. Perdana Menteri umumkan tambahan derma RM10 juta ketika pembentangan Belanjawan 2024 dan kemudian berjaya mengumpul RM81 juta sumbangan GLC dan syarikat swasta.

  11. Kerajaan menjalin kerjasama dengan 45 NGO dalam Ops Ihsan untuk menghantar bantuan ke Gaza.

  12. Malaysia nyatakan kesediaan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) .


Apakah dengan deretan usaha ini boleh dikata Malaysia tidak konsisten dan tiada komitmen yang jelas terhadap Palestin?


_____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page