top of page

Isu Najib: Jangan ikut rentak PN, pastikan Kerajaan Perpaduan utuh



Keputusan Mahkamah Rayuan semalam terhadap rayuan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak seharusnya menggugat hubungan baik komponen dalam Kerajaan Perpaduan.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Nabil Halimi, sebaliknya isu itu telah menunjukkan dengan jelas bahawa Kerajaan MADANI tidak campur tangan dan menghormati keputusan mahkamah yang dibuat berdasarkan fakta serta memastikan proses perundangan dijalankan dengan adil dan berintegriti.


Sehubungan itu, beliau menyeru rakan komponen dalam Kerajaan untuk tidak terlalu terikut ikut dengan sentimen atau naratif yang dimainkan pembangkang berhubung titah adendum terbabit.


"Saya menyeru rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI, khususnya dari Barisan Nasional, untuk tidak terpedaya dengan sentimen politik yang cuba dimainkan Perikatan Nasional.


"Perlu diingat bahawa beberapa pemimpin PN yang sebelum ini lantang menyuarakan isu 1MDB, seperti Saifuddin Abdullah dan Wan Ahmad Faysal, kini mengambil pendekatan bertentangan.


"Perubahan pendirian ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan mereka dan (apakah) motif di sebaliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Nabil, kerjasama yang telah terjalin baik dalam Kerajaan Perpaduan sejak dua tahun lalu perlu dipelihara demi kebajikan dan kemaslahatan rakyat.


"Kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam Kerajaan MADANI telah membuahkan hasil yang banyak, termasuk peningkatan pelaburan, inflasi yang terkawal, dan pengiktirafan positif terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Usaha bersama ini perlu diteruskan tanpa digugat oleh permainan sentimen atau taktik politik yang bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.


Semalam Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan Najib dibenar meneruskan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke 16 yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page