top of page

Isu lantik PM: Sekretariat NGO media sosial mahu Muhyiddin didakwa, dihukum



Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) hari ini mendesak tindakan tegas dikenakan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin yang dalam ceramah Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri baru baru ini menyentuh kebijaksanaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjawat Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10.


Ketua Biro Politik SGGMSR, Shahbudin Embon berkata, laporan polis yang dibuat oleh mereka mendesak satu tindakan segera diambil di atas perbuatan ahli politik yang mempersoalkan kebijaksanaan Raja raja Melayu.


"Tiada siapa di atas undang undang. Perkara 4 Perlembagaan jelas. Perlembagaan adalah kuasa tertinggi (undang undang) di bumi Malaysia ini.


"Tetapi jika sekiranya kamu telah melakukan kesalahan, rakyat akan bangun kerana kita mempertahankan hak Raja raja Melayu. Kita orang Melayu bernaung di bawah raja raja," katanya dalam sidang media berhadapan IPD Dang Wangi tengah hari tadi.


Dalam pada itu Shahbudin membandingkan sifat tawaduk Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang segera memohon maaf apabila tersasul melaungkan "hidup Israel" dalam himpunan menyokong perjuangan Palestin di Stadium Axiata Bukit Jalil, 4 Ogos lalu.


Namun katanya, Muhyiddin tidak berbuat demikian dan tetap mempertahankan isi ceramahnya.


Oleh itu, Shahbudin mahu pihak polis menyiasat dan mengenakan pertuduhan di bawah sebarang akta yang sesuai kerana merendahkan institusi Raja raja Melayu.

Mustapa Mansor Amer Mohd Isa

Sementara itu, Pengerusi SGGMSR, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa berkata, Raja raja Melayu perlu dimartabatkan sebagai institusi tertinggi negara dan menjadi tempat tumpahnya taat setia rakyat.


Sehubungan itu, kata beliau, amat tidak wajar keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam hal pemerintahan dipertikaikan.


"Negara ada raja dan seharusnya kita mengakui raja sebagai sesuatu yang tertinggi dalam negara, Ketua Negara.


"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak berpecah lagi. Kalau kita berpecah nanti orang boleh lakukan macam macam kepada kita.


"Apa yang berlaku kepada Palestin sekarang adalah kerana tidak ada kesatuan (dalam kalangan negara Arab ketika dijajah kuasa Eropah) dan kesalahan itu dilakukan generasi sebelumnya.


"Kita berharap generasi kita kali ini terus memegang prinsip yang telah pun ada dalam Perlembagaan negara ini," katanya.


Mustapa juga berharap Kerajaan Madani mengambil sikap setegas mungkin menghadapi mana mana pihak yang cuba mencemar institusi raja berperlembagaan di Malaysia.

Abdul Rani Kulup Abdullah

Manakala aktivis sosial, ayahanda Abdul Rani Kulup Abdullah menyelar perbuatan menyentuh kebijaksanaan Raja raja Melayu membuat keputusan.


"Sebenarnya report polis dah banyak (dibuat). Jadi kami terpanggil di atas tanggungjawab kami kerana berlaku penghinaan ke atas institusi diraja


"Pantang orang Melayu bila raja dihina. Tak usah kait politik. Nak cerita politik, cerita politik (saja). Jangan sentuh raja raja. Dia akan jadi lain, jadi pelik.


"Ayah nak beritahu jangan usik institusi raja Melayu," katanya.


Himpunan pada tengah hari tadi di hadapan IPD Dang Wangi turut disertai wakil wakil NGO Gabungan Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO), Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Pertubuhan Suara Prihatin Malaysia, Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Kelab Veteran Bukit Beruntung Bukit Sentosa, Persatuan Kebajikan Reformis Kelantan, Pertubuhan Gerak Aktif Sosioekonomi & Amal Kebajikan (GASAK), Persatuan Anak Media Gemilang Malaysia (AMG), WarisPEKEMBAR Malaysia, ⁠Pertubuhan Malaysia Madani (MyMadani) dan ⁠Gabungan Teksi Malaysia (GTSM).

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page