top of page

Isu lantik PM: PDRM perlu ambil tindakan tegas - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin berkenaan ucapannya terhadap peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 (YDPA-16) dalam pelantikan Perdana Menteri (PM) ke-10.


Pengarah Strategi AMK, Bryan Ng Yih Miin berkata, tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu jelas mencetuskan persepsi negatif terhadap keupayaan Agong selaku Ketua Negara yang mana kuasanya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2).


"Muhyiddin ketika berceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dengan lantang dan terbuka mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah dengan memanipulasi fakta serta membawa naratif negatif kepada pengundi di sana selain seolah-olah mendakwa tidak berlaku adil semasa memilih PM Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Perbuatan Muhyiddin ini jelas menonjolkan sifat kebudak budakannya yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau tidak dapat dilantik sebagai PM Malaysia yang ke-10," katanya dalam satu kenyataan.


Malah menurut Bryan Ng, dalam isu pelantikan PM, Sultan Abdullah tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya walaupun Perlembagaan memberi kuasa mutlak (absolute power) kepada baginda.


"Baginda ketika itu telah memanggil semua pakar Perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir, turut secara musyawarah, mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja


"Barulah akhirnya pelantikan PM dilakukan iaitu dengan memilih Datuk Seri Anwar sebagai PM ke-10," ujarnya.


Tegas Bryan Ng, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin memandangkan ucapan itu dibuat secara terang-terangan sekaligus dibimbangi boleh mencetuskan perpecahan dalam rakyat di negara ini.


"Sehubungan itu, sejajar dengan titah dan kehendak Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal, tanpa kompromi PDRM mesti mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page