top of page

Isu ladang khinzir di Perak tidak perlu terus dihangatkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Ladang khinzir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak tidak sepatutnya dijadikan isu oleh sesetengah pihak jika kandang itu beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mempunyai lesen.


Itu pandangan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyifatkan sentimen berkenaan tidak wajar dibangkitkan bagi mencetuskan kemarahan kaum tertentu.


Beliau berkata, isu ladang khinzir adalah lebih ke arah soal pentadbiran termasuk lesen dan pemantauan.


Katanya, beliau difahamkan Kerajaan Perak sudah mengambil kira semua perkara itu, malah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sedia maklum tentang SOP berkaitan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

''Bagi saya tiada isu kalau tempat itu beroperasi mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Paling penting ialah mendapat kelulusan.


''Jadi kalau Pas terus memainkan isu tersebut, kenapa (terhadap) individu sahaja? Pas kena konsisten dalam hal ini.


''Kita melihat isu ini lebih kepada soal pentadbiran dan kita tidak boleh jadikannya sebagai bahan kebencian atau kemarahan,'' tempelak beliau ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu ladang khinzir yang menjadi kontroversi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning baru-baru ini.


Dalam pada itu, Mujahid yang juga mantan Menteri Agama mengingatkan Pas dan parti pembangkang yang lain agar berhenti menggunakan isu perkauman dan kebencian.


Sebaliknya, beliau menggesa pihak pembangkang supaya lebih menumpukan kepada soal pentadbiran, polisi dan pada masa sama berfungsi sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page