top of page

Isu kain pakaian seragam: Menteri sedia bawa ke mesyuarat kabinet



Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu berkaitan bekalan kain putih untuk pakaian seragam kakitangannya yang didakwa tidak berkualiti.


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya bersedia membawa isu tersebut ke mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementerian.


"Perkara dibangkitkan ini sangat munasabah dan saya menyambutnya dengan baik," kata Dr Dzulkefly dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Sambutan Bulan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), di Putrajaya pada Jumaat.


Sambutan tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.


Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat melalui laporan media minggu ini berkata, isu kain putih tidak berkualiti untuk seragam itu sudah lama dibangkitkan tetapi tiada tindakan dilakukan bahagian pembekalan kementerian itu.


Kain tersebut dakwanya bukan sahaja keras dan tebal, malah juga berwarna putih kekuningan.


Sementara itu menurut Dr Dzulkefly, isu berkenaan juga perlu diambil maklum kepimpinan tertinggi kementerian.


Beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan mereka bersedia membuat pertimbangan berkaitan bagi memberi yang terbaik dan suntikan motivasi kepada kakitangan KKM.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page