top of page

Isu Israel: Jangan ambil kenyataan di luar konteks, perbodohkan rakyat - Anwar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak sekeras kerasnya tohmahan yang dimainkan pembangkang PN dan laskar siber mereka kononnya beliau menyokong Israel dalam satu wawancara bersama wartawan CNN, Richard Quest yang sengaja disunting sedemikian rupa bagi memfitnah dirinya.


Menurut Anwar, pembangkang seharusnya faham terlebih dahulu sistem di peringkat antarabangsa yang disebut sebagai ‘de facto’ atau ‘de jure’ merujuk kepada kewujudan sesebuah negara.


Bertitik tolak dari situ maka Israel perlu diakui kewujudannya kerana negara berkenaan merupakan anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).


Oleh itu, katanya, sebagai ketua kerajaan beliau harus menjawab soalan berdasarkan konsep antarabangsa tersebut.


"(Jadi) adakah kamu terima kewujudkan negara Israel? Jawabnya ya.


"Adakah kamu percaya negara itu boleh mempertahankan diri? Ya.


"Tetapi ini, kamu (pembangkang) ambil luar konteks.


"Yang kita tentang ini apa? Iaitu keganasan, penjajahan, kezaliman negara Israel itu ke atas rakyat (Palestin).


"Kalau dia tak buat apa apa ... kita pertahankan hak dia untuk pertahankan diri. Padahal dalam wawancara saya dengan wartawan CNN itu, saya keras betul (menentang Israel)," katanya dalam sidang media di Peru.


Malah kata Anwar, Malaysia merupakan satu satunya negara dalam sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang membicarakan mengenai kekejaman Israel biar pun 'keluar tajuk' kerana sidang berkenaan hanya membincangkan isu ekonomi.


"Di Sidang APEC di Lima Peru, satu satunya negara yang bicara soal Palestin, penindasan, kezaliman itu Malaysia sahaja. Walau saya tahu tajuknya ekonomi, perdagangan. Saya kaitkan bagaimana ekonomi perdagangan bebas, kalau dia (kita) menafikan satu pihak," katanya.


Justeru, PM amat kesal dengan sikap pembangkang PN yang memainkan isu yang direkayasa itu serta terang terangan melakukan fitnah.


Sedangkan katanya dalam persidangan sebelum ini di Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Malaysia telah mencadangkan Israel disingkir dari PBB dan usul sekeras itu tidak dibawa oleh pihak lain.


"Sebab apa saya usulkan di Riyadh bahawa dia harus disingkir dari PBB, kerana dia (Israel) wujud. Kalau orang tanya, Anwar apakah Israel harus disingkir dari PBB? Ya.


"Apakah ada negara Israel? Ya. Apakah kamu iktiraf? Tidak.


"(Tetapi) yang itu pun (ditohmah) Anwar dah langgar .... khianat, jadi alat Israel. Ini politik apa? Perbodohkan rakyat, menipu, fitnah atas nama Islam. Ini disebut penunggang agama yang tak reti nak ulas.


"Mana ada di Riyadh yang tegas seperti kita. Bukan saja saya, Menteri Luar (DS Mohamad Hassan di) PBB, ucapan antara paling keras.


"Tetapi buatlah apa pun dia (pembangkang) cari kenyataan yang dia tak faham ... mungkin ada sebab lain ... tetapi tentu niatnya jahat," kata Anwar.


Untuk rekod, wawancara Anwar bersama wartawan CNN baru baru ini telah disunting sedemikian rupa oleh media dan laskar siber pro pembangkang mendakwa PM Anwar bersetuju hak Israel mempertahankan diri tanpa menjelaskan konteks soalan.


Sedangkan dalam temu bual itu, jelas Anwar mempertahankan Palestin dan mengecam Israel serta sekutu Barat yang membenarkan pembunuhan beramai ramai oleh rejim zionis sejak 13 bulan lalu.


*Kredit foto: Jurugambar PMO

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page