top of page

Isu infrastruktur Sekolah Kebangsaan Presint 16 akan diteliti - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan akan meneliti semua aduan berkaitan isu infrastruktur Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 16 yang memerlukan pembaikan segera.


Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan lawatan Setiausaha Politiknya Kamil Munim ke sekolah itu semalam.


"Dalam kunjungan ke Sekolah Kebangsaan Presint 16 hari ini, saudara Kamil turut menggunakan kesempatan itu untuk meninjau persekitaran sekolah dan beramah mesra bersama guru dan anak-anak pelajar.


"Saya turut dimaklumkan mengenai aduan daripada guru-guru kepada saudara Kamil, khususnya terkait beberapa infrastruktur sekolah yang perlu dibaik pulih dengan kadar segera," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan 2025 memberi fokus penting kepada pendidikan menerusi peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM64.1 bilion dengan RM2 bilion dikhususkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara.


"InshaAllah, aduan ini akan diteliti selaras hasrat Kerajaan MADANI yang mahu memastikan pendidikan anak-anak sentiasa dimartabat bagi melahirkan generasi yang hebat dan punyai sikap yang bertanggungjawab untuk berbakti kepada nusa dan bangsa," katanya.


Kamil mewakili Anwar bertemu Ummu Qaireen di sekolah berkenaan sempena ulang tahun kelahiran ke-10 Jumaat lalu.


"Kebetulan saya sempat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ bersama rakan-rakan adik Ummu Qaireen ketika makan tengah hari di Medan Selera Presint 16 tempoh hari.


"Saya mendoakan anakanda Ummu Qaireen dan seluruh anak-anak pelajar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, serta menyumbang kepada keluarga dan ummah, InshaAllah," kata Anwar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page