![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_d1a6cac776594b97826a3513489bb6f6~mv2.jpg/v1/fill/w_720,h_445,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_d1a6cac776594b97826a3513489bb6f6~mv2.jpg)
Isu harga lantai padi yang dianggap para petani agak rendah pada waktu ini berbanding musim lalu akan disampaikan melalui Kenyataan Menteri di parlimen pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan itu pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
"Jemaah Menteri telah dimaklumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bahawa beliau akan menyampaikan Kenyataan Menteri di parlimen pada 13 Feb, Khamis mengenai isu beras, khusus berkait harga lantai bagi padi.
"Ini akan disampaikan di parlimen dan sejuruh selepas Kenyataan Menteri itu ada perbahasan. Jadi kita tunggu kenyataan penuh dari Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan," katanya dalam sidang media di Putrajaya petang ini.
Untuk rekod, para pesawah padi sebelum ini menuntut agar harga lantai dinaikkan kepada RM1,800 satu tan berbanding RM1,300 setan ketika ini yang dianggap terlalu rendah berbanding kos penanaman.
Comments