top of page

Isu guru bakar Laporan Setahun Kerajaan Madani sedang disiasat - KPM



Isu berkaitan dakwaan seorang guru sekolah telah membakar buku laporan Setahun Kerajaan Madani sedang dalam siasatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Menurut Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin, kementerian juga telah menerima aduan bahawa guru berkenaan 'tidak diambil tindakan sedangkan individu yang melaporkan pula disiasat'.


"Kami mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh seorang peguam yakni Saudara Faizal Rahman sejak 9 oktober lalu.


"Input awal berkait laporan kebakaran ini adalah mustahak dalam memastikan kes ini dapat disiasat tanpa sebarang intimidasi luar serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


"Maklumat penuh termasuk kronologi kes ini telahpun di dalam perhatian dan tindakan pihak berkuasa kerana melibatkan kerosakan harta benda awam.


"KPM sekali lagi menegaskan, kita tidak akan kompromi dengan sebarang tindakan yang dilakukan oleh guru ataupun pentadbir di sekolah serta jika disabit berlaku kecurangan, akan terus dikenakan tindakan tatatertib," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia bukan hanya sebuah kementerian yang mengawal selia 10,235 sekolah, 4,987,401 murid dan 416,743 guru.


KPM juga, katanya, merupakan ‘custodian of books industry’ atau pembela industri buku yang mempunyai agensi DBP, ITBM, PKB dan MBKM di bawahnya.


"Kami tidak akan kompromi dengan sebarang aktiviti membakar buku apatah lagi jika dilakukan oleh para guru mahupun pentadbir.


"Justeru, kami mohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan pihak berkuasa.


"Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam membantu agar proses siasatan berjalan dengan lancar," katanya lagi.


Tegas Atiqah, objektif kementerian adalah menjayakan agenda Reformasi Pendidikan dan mengekalkan keharmonian masyarakat dan hal itu terus menjadi sasaran utama KPM.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page