top of page

Isu Garis Panduan: Pas Selangor Biadap Enggan Taat Titah Sultan?



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Selangor menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mengelak untuk akur kepada titah baginda dalam isu garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam.


Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad masih menyatakan garis panduan tersebut penting untuk diwujudkan kerana bakal menjaga kemaslahatan masyarakat dengan kefahaman yang lebih terperinci serta bakal mengelakkan salah faham dan polemik tidak perlu yang sering dan banyak ditimbulkan oleh DAP ke atas agama Islam.


Namun Sultan Sharafuddin tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan itu khususnya di Negeri Selangor kerana ia dibuat pada waktu yang tidak sesuai yang mana rakyat sedang giat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Sehingga kini masih tiada kenyataan terbuka yang dibuat oleh Pas Selangor untuk menarik semula kenyataan awal mereka berkenaan garis panduan tersebut. Malah tiada langsung kenyataan oleh Pas Selangor untuk menjunjung saranan Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.


Mereka sehingga kini masih kekal dengan sikap menyokong pembentukan garis panduan walaupun secara jelas bertentangan dengan kehendak Ketua Agama Islam Selangor.


Kerajaan Madani junjung titah sultan


Titah Sultan Sharafuddin dijunjung tinggi oleh keseluruhan pimpinan Kerajaan Madani melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang menegaskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan tersebut kerana umat Islam hanya perlu menjaga akidah dan mematuhi peraturan agama yang sudah ditetapkan.


Kenyataan PMX itu menggambarkan sikap seluruh pendokong Kerajaan Madani yang sentiasa taat dan setia terhadap titah Ketua Agama Islam Selangor demi memastikan ketinggian Islam sentiasa terpelihara daripada dipandang jumud dan sempit oleh penganut agama lain.


Garis panduan yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada awalnya menimbulkan beberapa kegusaran dalam kalangan masyarakat seperti premis digunakan tidak boleh mempamerkan simbol keagamaan bukan Islam serta pihak penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti dan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum sesuatu majlis perayaan dilaksanakan.


Tekan pihak penganjur


Garis panduan tersebut dilihat menambah tekanan terhadap pihak penganjur dan tetamu muslim untuk berinteraksi secara terbuka dan ikhlas, malah ia menghadkan proses mengenali agama dan kepercayaan agama lain oleh umat Islam melalui sambutan hari perayaan bukan Islam.


Seharusnya Pas Selangor bermuhasabah dan cuba untuk mengambil iktibar daripada titah Sultan Sharafuddin yang mahukan rakyat terus giat mengeratkan amalan muhibah demi mengukuhkan perpaduan nasional.


Usaha yang sepatutnya dipergiatkan adalah memperkukuh akidah dan iman umat Islam dengan mendalami ilmu agama, saranan oleh Sultan Sharafuddin telah diterima baik oleh Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dengan memahami hikmah disebalik titah tersebut.


Namun sehingga kini Pas Selangor masih kekal membelakangi titah Sultan Sharafuddin. Pas Selangor juga sewajarnya tidak mempolitikkan isu ini dengan mengheret DAP untuk menakut-nakutkan umat Islam. Isu ini adalah isu nasional yang tidak terkait dengan sentimen politik.


Justeru Pas Selangor perlu berhenti bermain api perkauman dan agama seperti yang dititahkan oleh Sultan Sharafuddin.


 

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page