top of page

Isu DNS: MCMC anjur sesi libat urus dapat pandangan pihak berkepentingan



Isu terkait pengalihan Domain Name System (DNS) kepada syarikat penyedia khidmat intertent (ISP) tempatan sekiranya pelayar internet menggunakan pelayan DNS luar negara untuk mengakses perkara yang bertentangan undang undang Malaysia dijernihkan melalui sesi libat urus di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat-syarikat teknologi multimedia hari ini.


Menurut kenyataan MCMC, sesi libat urus tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas dan membetulkan persepsi masyarakat mengenai isu DNS tersebut serta mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk pakar-pakar bagi memastikan pendekatan alternatif dalam menangani isu kandungan memudaratkan dapat dilakukan dengan sebaik baiknya.


"Perkara yang dibincangkan melibatkan pengurusan DNS dan usaha-usaha oleh MCMC dalam memerangi kandungan memudaratkan menerusi kempen advokasi serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan.


"Program ini diteruskan dengan sesi soal jawab interaktif dan para peserta berkongsi pandangan serta cadangan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani isu pengalihan DNS itu secara proaktif dan bertanggungjawab," kata MCMC dalam kenyataan.

Peserta libat urus bertanya soalan

Sesi libat urus berkenaan telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC, Datuk Ts. Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen; Ketua Kaunsel Perundangan MCMC, LS. Leonard; Ketua Bahagian Pengurusan Keselamatan Rangkaian dan Maklumat MCMC, Syed Mokhsien Syed Mansor dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknologi Responsif dari Cybersecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil bin Talib, dihadiri oleh wakil-wakil syarikat teknologi serta dari pihak industri.


Pada sesi tersebut, perkara utama dibincangkan melibatkan pengurusan DNS dan usaha oleh MCMC memerangi kandungan memudaratkan menerusi kempen advokasi dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan.


Program diteruskan dengan sesi soal jawab interaktif melibatkan para peserta berkongsi pandangan serta cadangan mengenai langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu pengalihan DNS secara proaktif dan bertanggungjawab.


Manakala Penolong Naib Presiden, Bahagian Digital dan Teknologi, Pejabat Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Muhammad Zainul Arifin Zainuddin menyifatkan penganjuran sesi libat urus tersebut sebagai satu inisiatif yang ikhlas dan permulaan yang baik.


Sementara itu, pengasas Ascendant Enterprise, Victor Tan berpandangan sesi libat urus berhubung isu DNS perlulah lebih meluas dan tidak terhad kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.


Sehubungan itu, MCMC akan terus mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan lain dari semasa ke semasa untuk menerang dan mendapat maklum balas berhubung isu DNS.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page