top of page

Isu buli siber dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini - Fahmi



Kementerian Komunikasi bakal membentangkan cadangan bagi penggubalan akta baharu atau meminda akta sedia ada bagi menangani gejala buli siber ke Mesyuarat Kabinet hari ini.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu sebagai usaha kementeriannya untuk memastikan platform media sosial lebih selamat.


"Kita akan maklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri tentang langkah perundangan yang boleh diambil sekarang, sama ada dengan menggubal satu akta yang baharu ataupun meminda akta sedia ada.


"Sidang Parlimen ada lebih kurang seminggu lagi, jadi kita ada masa sekiranya Kabinet merasakan ada keperluan (bentang rang undang-undang) untuk kita bertindak segera," katanya dipetik.


Beliau turut menjelaskan, selain aspek pengurusan, adalah penting untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan itu boleh ditakrifkan sebagai buli siber dan langkah pencegahan yang boleh dilakukan.


"Ada juga merasakan ia (buli siber) benda yang remeh.. saya rasa kita perlu buat satu ketetapan (draw a line). Jadi aspek takrifan itu pun akan diberi perhatian," tambahnya.


Baru-baru ini seorang wanita yang juga pempengaruh media sosial didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber.


Susulan itu pihak polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung ugutan diterima mendiang Rajeswary menerusi aplikasi TikTok.


Fahmi sebelum ini berkata, kementeriannya akan melancarkan program jerayawara keselamatan dalam talian dalam masa terdekat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di peringkat sekolah dan komuniti mengenai kesan buruk Internet termasuk boleh menyebabkan perbuatan buli siber, scammer atau penipuan, keselamatan siber, selain cara melindungi data peribadi dan manfaat platform itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page