top of page

Isu beras campur: Pindaan Akta 522 siap sebelum tahun depan - Mohamad



Pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) akan disiapkan sebelum tahun depan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika memberi komitmen itu berkata, pindaan itu perlu disegerakan bagi menangani isu bekalan beras tempatan dalam negara.

"Pindaan akta ini kita mesti siap sebelum tahun depan, kalau tidak siap tahun depan saya akan dihentam lagilah," katanya dipetik.


Mohamad Sabu berkata begitu ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan dan Pelepasan Anak Ikan Talapia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun di Shah Alam pada Selasa.


Ia sebagai mengulas laporan media mengenai tindakan sebahagian pengilang yang tidak bertanggungjawab mencampurkan beras tempatan dan import.


Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, pindaan akta berkenaan akan melibatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap tindakan mencampurkan beras import dengan tempatan.


"Kita akan meminda akta (pertimbangkan) cadangan daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang buat penyelidikan daripada itu kita akan perubahan.


"Sekarang kita buat enam bulan pertama, kedua kita akan bincang pemantauan campuran beras dan kita akan tubuh pasukan yang anggotanya 1,200 orang untuk kita buat apa-apa penguatkuasaan yang kita anggap melanggar undang-undang," tambahnya.


Untuk rekod, kerajaan tidak dapat menguat kuasakan sepenuhnya larangan mencampur beras tempatan dan import yang menyebabkan berlakunya kekurangan Beras Putih Tempatan di pasaran. Hal itu kerana kelonggaran Akta 522 yang tidak diperkemaskan oleh kerajaan terdahulu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page