top of page

Isu air Langkawi lambang kegagalan MB Sanusi tadbir Kedah - Zamri



Oleh: Abdullah Zaid


Masalah air di pulau peranginan Langkawi yang berlarutan sejak 2021 memberi kesan kepada industri pelancongan dan penduduk yang mendiami pulau berkenaan.


Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Ir Zamri Yusof, masalah bekalan air di pulau itu telah memperlihatkan kelemahan serta kegagalan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam menguruskan bekalan air sejak mengambilalih pentadbiran Kedah pada 2020.


Menurut Zamri, projek meningkatkan bekalan air Langkawi telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada 2019 kepada sebuah syarikat yang mempunyai keupayaan melaksanakannya.


Kata beliau, syarikat pengendali itu menguruskan penyaluran bekalan air secara bawah laut ke Langkawi.

Datuk Ir Zamri Yusof

"Projek kehilangan Kadar Air Tak Berhasil (NRW) komprehensif ini telah dimulakan pada akhir 2019 untuk Langkawi. Tugas syarikat konsesi adalah memproses air di loji dan menyalur dari (paip) dasar laut ke Langkawi hingga ke meter pengguna," katanya.


Malangnya kata Zamri, apabila Kerajaan Negeri beralih tangan kepada PN pada 2020 isu bekalan air Langkawi ditangani secara tidak kompeten.


"Bekalan tergendala apabila kerajaan di bawah Sanusi dan operator air gagal untuk mengadakan penyelenggaran dasar laut (sub marine pipe) seperti yang dilakukan semasa (syarikat) konsesi.


"Malah, sejak menjadi Menteri Besar pada Mei 2020 hingga kini, iaitu lebih 4 tahun, Sanusi belum ada perancangan lengkap untuk pastikan bekalan air sempurna untuk Langkawi," katanya.


Zamri yang juga bekas Exco Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah itu berkata, Sanusi tidak sepatutnya menunding jari kepada pentadbiran sebelumnya bagi mengalih isu sebenar kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran beliau dalam isu bekalan air.


"Selama empat tahun, Kerajaan Negeri ambil alih urusan dari syarikat konsesi, apa yang Sanusi buat?" soal Zamri.


Terdahulu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggesa syarikat negeri Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) bertindak pantas membaiki kebocoran pada saluran paip bekalan air terawat yang menghubungkan tanah besar dengan pulau Langkawi.


Jelasnya, kelewatan membuat keputusan itu berisiko memburukkan lagi krisis bekalan air di pulau pelancongan berkenaan.


Dalam pada itu, Sanusi menjangka laporan penuh tinjauan kebocoran paip oleh pihak perunding akan dibentang tidak lama lagi.


Beliau dilaporkan berkata, penilaian dilakukan terhadap ketebalan saluran paip untuk memutuskan sama ada ia masih sesuai untuk kerja-kerja pembaikan sepanjutnya.


Terdapat juga kemungkinan saluran paip itu tidak dapat dibaiki kerana terdapat 23 titik bocor di beberapa bahagian saluran paip sepanjang 7 km.


Tambahnya, Kerajaan Negeri akan membincangkan perkara itu dengan kementerian untuk menentukan tindakan lanjut.


Untuk rekod, kerja-kerja pembaikan saluran paip yang bocor itu diperoleh melalui pinjaman RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page