top of page

Isu 6 MP Bersatu: Pembangkang sengaja cetus kelirukan rakyat



Keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam kerusi Ahli Parlimen (MP) mantan anggota Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu pentafsiran yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng tindakan pembangkang yang mempertikaikan keputusan itu sebaliknya dianggap usaha untuk mengelirukan rakyat tanpa merujuk fakta sebenar berdasarkan undang-undang.


"Saya meminta pembangkang meneliti dengan lebih dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum mengeluarkan kenyataan kurang cermat menuduh Kerajaan MADANI berlaku tidak adil dan kononnya bermotif politik.


"Keenam-enam Ahli Parlimen itu hanya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan mereka masih ingin kekal sebagai ahli Bersatu namun kemudian barulah parti mereka meminda perlembagaan yang jelas (tindakan itu) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan menurut Speaker Dewan Rakyat.


"Kerajaan MADANI tidak berdolak-dalik dan tetap mempertahankan undang-undang anti lompat parti dengan tujuan memelihara kestabilan politik dan memperkasakan sistem demokrasi negara," katanya.


Menurut Andre Lai, seharusnya pindaan perlembagaan Bersatu dibuat seiring dengan parti politik lain sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 lalu bagi mengelakkan hal yang berlaku hari ini.


Sehubungan itu, katanya, beliau menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk pembangkang berbincang dengan kerajaan bagi meminda Perlembagaan mengetatkan Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.


Pada Rabu, Speaker dalam surat balasan kepada parti Bersatu menolak untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti berkenaan. Antara alasan Speaker berbuat demikian kerana MP Bersatu tersebut telahpun dipecat keahliannya pada ketika surat meminta pengosongan kerusi dihantar.


Bedasarkan Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti anggota parlimen yang dipecat tidak dianggap hilang kerusi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page