top of page

'Istilah tidak disenangi pembangkang ialah tatakelola' - Anwar



Kerajaan Perpaduan berpaksikan pentadbiran mengutamakan tatakelola baik belum pernah terjadi dalam sejarah pentadbiran Malaysia.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tatakelola itu juga adalah istilah yang paling tidak digemari oleh pembangkang.


Namun hal itulah, katanya, yang boleh dibanggakan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh hampir dua tahun ini.


Katanya, di bawah tatakelola tiada Menteri yang setelah dilantik akan melihat peluang terbuka untuknya memunggah kekayaan buat diri sendiri, keluarga atau kroni.


"Hal ini tidak diizinkan oleh seluruh pimpinan Kerajaan Madani sekarang. Tidak mengizinkan kuasa diperalatkan untuk mengkayakan (diri dan kroni).


"Ini bagi kita, kekuatan yang tidak boleh disaingi pembangkang. Sebab itu dia (pembangkang) sakit hati bila kita sebut tatakelola. Tatakelola bermaksud perlawanan terhadap salah guna kuasa dan rasuah. Dan ini juga ujian bagi kita.


"Apakah kita berjaya sepenuhnya? Belum. Di peringkat politik, penjawat awam, agensi penguat kuasa (semua) harus diteliti," kata Anwar dalam ucapan perasmian di Konvensyen KEADILAN Perak di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, hari ini.


Perdana Menteri itu juga mengulangi pandangannya ketika masih bergelar Ketua Pembangkang bahawa rasuah di Malaysia telah sampai ke tahap sistemik.


Oleh itu, katanya pentabiran beliau perlu bertindak tegas untuk memerangi korupsi yang telah menjadi budaya dari peringkat pentadbir atasan sehingga ke bawahan.


Selain itu, beliau juga mengingatkan bahawa ujian setelah bergelumang dengan kuasa lebih besar daripada ketika sensara dan ditindas di bawah.


"Kekuasaan itu ujian, keperitan terhumban di penjara atau jalanan itu juga ujian.


"Banyak yang lulus ujian semasa berhempas pulas berjuang tetapi gagal di tampuk kekuasaan. Sebab itu harus sedar dan insaf bahawa 'perjuangan adalah perlaksanaan kata kata'. Meminjam (istilah) pemuisi WS Rendra.


"Perjuangan bukan lontaran kata kata tetapi perlaksanaan kata kata," tegasnya.


Justeru, kata Anwar, konvensyen yang diadakan hari ini adalah salah satu cara untuk mengingatkan anggota KEADILAN mengenai asas perjuangan parti dan keperluan anggota untuk terus menegakkan idealisme.


"Jadi konvensyen ini sebenarnya mengingatkan kita, asas perjuangan kita.


"Bangkit kita adalah bangkit dari kepayahan, mendukung cita cita dan idealisme. Apa dia cita cita? Membetulkan kesilapan, menentukan kuasa itu adalah amanah, melaksanakan dengan ikhlas, jujur. Menolak kerakusan, kebejatan, rasuah dan penyelewengan.


"Ini harus kita lakukan," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page